ANIMSI

home

Followers


Thursday 5 January 2012

NIK AZIZ PM MALAYSIA?

SHAH ALAM – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah orang paling “cantik” untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengisi jawatan perdana menteri jika Ketua Pembangkang itu tidak berkesempatan mengetuai kerajaan pusat, kata Datuk Dr Hasan Ali hari ini.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor menambah sekiranya Menteri Besar Kelantan tidak dapat mengambil alih kedudukan itu disebabkan faktor umur, Presiden parti Islam tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan orang paling sesuai.

Dalam temu bual eksklusif Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam, Anwar ada menyatakan dengan jelas akan ada pengganti jika beliau didapati bersalah kes bicara liwatnya Isnin ini.

“Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.

“Jika Nik Aziz dilihat terlalu berumur untuk menyandang jawatan itu, saya cadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang sangat berkelayakan," kata beliau pada sidang media di Jabatan Agama Islam Selangor di sini petang ini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor ini berkata, pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mempunyai contoh dan moral yang boleh dijadikan contoh.

Selain itu, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

“Pemimpin yang baik adalah menggalakkan pengikutnya melakukan sesuatu yang baik dan mempunyai 'track record' khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi juga diambil kira.

“Latar belakang keluarga juga perlu bagus, anak-anak yang tidak bermasalah, sebab pemimpin ini neraca atau cermin kepada rakyat kita pimpin," katanya.

Sementara itu Hasan Ali juga turut membidas kenyataan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrul Amin yang menyifatkan Anwar adalah Imam Mahdi dalam ceramahnya.

Hasan Ali berkata tindakan Badrul Amin itu keterlaluan kerana seolah-olah mengagungkan manusia.

“Dibimbangkan keterangan berkenaan boleh disalah erti masyarakat.

“Jabatan Agama Islam Selangor, Jais akan meminta beliau tampil untuk selesaikan masalah tersebut,” katanya.
Psssssssst: Hassan Ali nasihat ahli pas tak payahlah nak menyemak nak berhimpun 901 ni! amacam?

No comments:

Post a Comment