ANIMSI

home

Followers


Monday, 9 January 2012

KETUA DEWAN PEMUDA PAS NASRUDDIN HASSAN SOKONG HASSAN ALI?


Dewan Pemuda Pas Malaysia mahu Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat dari parti itu tidak meninggalkan perjuangan Islam jika benar-benar ikhlas.
Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, situasi Hasan adalah sama seperti Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan parti. 
"Tetapi beliau (Abu Bakar) tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini.
“Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula ke pangkuan Pas di penghujung karier dan usianya,” katanya dalam laman sosial Facebooknya.
Abu Bakar ialah ketua pemuda semasa Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda menjadi presiden Pas pada 1974, dan pernah memegang jawatan setiausaha agung parti. 
Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pemecatan Hasan berkuat kuasa serta-merta dari parti berkenaan. 

pssssst: Nasruddin Hassan masih menyokong Hassan Ali 

 PAS pun sama jugak. Kalau betul nak perjuangkan Islam, jangan sibuk sangat nak mengagung - agungkan orang lain hingga membelakangkan dasar mereka sendiri.

Jangan terlalu mabuk Gila Kuasa sehingga lupa hala tuju mereka dan sekadar jadi Boneka kepada tuntutan orang lain. Nak pecat ahli pun agak - agak la.

Kalau pecat sebab dia melanggar perjuangan Islam atau buat perkara yang bertentangan dengan agama, tahan juga.

Tapi, kalau pecat orang tu sebab dia tak sokong Si Ketua Penipu tu, nak memperjuangkan Islam menda jadahnya!!! Itu perjuangan Islam Kepala Tengkorak dia!!!-semut

No comments:

Post a Comment