"Pada hari pertama perbicaraan hari ini, saya dimaklumkan saya digantung tiga semester," kata beliau sambil menambah, "keputusan diumumkan sekitar 4.30 petang."
Adam Adli mendakwa perbicaraan dikendalikan tanpa memberi peluang
kepadanya diwakil peguam dan panel yang mendengar kes seolah-olah
menunjukkan sikap pro kepada sebelah pihak.
"Perbicaraan yang berat sebelah tanpa ada hak bagi saya diwakil peguam," katanya lagi.
Adam Adli memberitahu beliau tidak terkejut dengan keputusan itu,
sebaliknya gembira kerana "mampu boleh membawa perubahan (dalam senario
politik) di negara ini."
"Saya sebenarnya gembira dengan keputusan hari ini," kata beliau.
Adam Adli menambah, beliau akan mengadakan perbincangan dengan
peguamnya malam ini berhubung tindakan susulan berkaitan hukuman yang
dikenakan.
"Apa yang saya alami menunjukkan Auku ini memang satu undang-undang
menganiya pelajar," kata Adam Adli yang pernah dipanggil Upsi untuk
menghadap lembaga disiplin pada 2010. Pada ketika itu dia hanya diberi
amaran.- ADAM ADLI
diberhentikan? atas alasan apa? menurunkan bendera gambar najib? itu saja? ikut hukum & akta apa, dol?
ReplyDeletepenyokong Adam dah berkokok..puiii!.. biar adam ajar anak kau meliwat..haha
ReplyDelete