KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang gadis apabila simpati yang dicari
dengan menumpang di rumah bapa dan ibu angkat selepas berselisih faham
dengan abangnya bertukar tragedi apabila menjadi hamba seks pasangan
terbabit selama 19 hari, sebelum berjaya melarikan diri, Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berusia 21 tahun
berselisih faham dengan abang kandungnya pada 28 Disember lalu sebelum
keluar ke rumah bapa dan ibu angkatnya yang berusia 40-an di Kajang
Utamauntuk menumpang sementara.
Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa menceritakan masalah dialami kepada bapa dan ibu angkatnya itu.
“Selepas mendengar masalah itu, mangsa diarah ibu angkatnya masuk ke dalam bilik tidur utama, tetapi mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia dipukul.
“Selepas mendengar masalah itu, mangsa diarah ibu angkatnya masuk ke dalam bilik tidur utama, tetapi mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia dipukul.
“Sebaik masuk ke dalam bilik, ibu angkatnya mengunci pintu manakala bapa angkatnya yang menunggu di dalam bilik menayangkan filem lucah,” katanya.
Nie bukan 'suka Sama suka'
ReplyDelete