ANWAR IBRAHIM BAPAK PEMBOHONG & PUTAR BELIT!
Buktinya?
Kerana Anwar mendakwa pertuduhan liwat terhadap Saiful itu adalah
konspirasi jahat Kerajaan untuk menjatuhkan dia! Perbicaraan itu satu
sandiwara! Skrip perbicaraan dan hukuman sudah siap! Dia pasti ke
penjara! Inilah yang dijaja Anwar siang malam pagi petang, di bandar
dikampung, didalam dan luar negara! Mesej Anwar jelas: dia adalah mangsa
konspirasi jahat Kerajaan! Bahawa Kerajaan mahu menyumbat dia kedalam
penjara dengan pertuduhan rekayarsa meliwat stafnya Saiful Bukhori!
INI BERMAKNA PENGHAKIMAN MAHKAMAH SEPATUTNYA MENDAPATI ANWAR BERSALAH & DIHUKUM DALAM PENJARA DENGAN HUKUMAN BERAT!
Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya! ANWAR DIBEBASKAN!
HAKIKATNYA MAHKAMAH MEMBEBASKAN ANWAR!
Setelah
kes berlalu lebih daripada 3 tahun, dengan puluhan penangguhan, dengan
pelbagai usaha dibuat untuk menyingkirkan Hakim, dengan pelbagai
permohonan difailkan; fakta didepan mata kita ialah HAKIM MEMBEBASKAN
ANWAR!
Bukankah
penghakiman itu bukti jelas apa yang ditemberangkan Anwar sejak Saiful
membuat lapuran polis ini sebagai satu konspirasi adalah satu
pembohongan dan putarbelit semata-mata?
Dan
mike dah lupakah pembohongan Anwar mengenai 16 Sept? Mike dah lupa
pembohongan Anwar dia nak kena tembak mati selepas Saiful buat lapuran
polis? Mike dah lupe pembohongan Anwar konon tidak mengenali rakan
baiknya Datuk Eskay? Mike dah lupe pembohongan Anwar pasal jam Omega?
Mike dah lupa pembohongan Anwar mengenai twit semasa dengan ChinaDOLL?
Berapa punya banyak lagi pembohongan Anwar yang telah dilakukan?
APA MIKE LUPA SEMUA TU YOP?
Pokok
pangkalnya, keputusan Mahkamah hanya memperkuatkan lagi jaringan bukti
yang kita semua sudah tahu: iaitu Anwar ini adalah ABU KAZIB! BAPAK
PEMBOHONG!
SUCI & BERSIH
Adakah Anwar terbukti “suci & bersih” dengan pembebasan tersebut?
Mahkamah
tidak menyatakan Anwar tidak bersalah! Mahkamah tidak menyatakan aduan
Saiful tidak betul! Mahkamah tidak memutuskan pertuduhan itu satu
rekaan!
Mahkamah
cuma menyatakan bukti DNA yang ada tidak selamat untuk menyabitkan
Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful! Mahkamah Cuma menyatakan bahawa
“Mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan
Saiful tanpa bukti sokongan (iaitu DNA yang jelas)”, walaupun semasa
memutuskan ada kes prima facie, Mahkamah menyatakan Saiful adalah saksi
yang berwibawa & ada integriti!
Ini
sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar
daripada pertuduhan meliwat Azizan pada tahun 2004, bila Mahkamah
menegaskan “walaupun
kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar & adik angkatnya Sukma
terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai
perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya
boleh mensabitkan Anwar & Sukma jika Pendakwaraya berjaya
membuktikan kes tanpa sebarang keraguan”.
Jadi
persoalannya ialah, adakah Anwar “bersih & suci” daripada perbuatan
terkutuk amalan kaum Lut ini? Jelas jawapannya tidak! Cuma dia bernasib
baik kerana kita mengamalkan prinsip beban pembuktian yang terlalu
tinggi dalam membuktikan pendakwaan kes-kes seksual.
Perlu
diingatkan, jika Anwar berasa diri dia benar-benar “suci & bersih”,
sudah tentu dia akan berikan sample darah untuk ujian DNA tanpa
sebarang keraguan pun. Tapi tidak, Anwar berdolak-dalik tak mau bagi!
Kenapa? Mike pikior sendiri lah yop!
Begitu
juga Anwar tidak berani memberi keterangan dengan cara bersumpah?
Sebaliknya dia hanya membaca kenyataan yang sudah ditaip oleh peguamnya
dari kandang orang salah. Macam pasang kaset aje. Hakim tak boleh tanya
soalan, dan Pendakwaraya tidak boleh soal-balas!
Dan
mengapa tidak ada seorang pun saksi alibi dia hadir memberi keterangan
di Mahkamah? Mana dia Wan Azizah isteri dia sendiri! Mana dia Hasanudin
tuanpunya kondo yang juga kawan baik Anwar? Mana dia Mohd. Sani pemandu
setia Anwar berbelas tahun? Mana dia Mokhtar pengawal peribadi Anwar
yang juga adik ipar dia! Mereka ini semua disenaraikan oleh Anwar
sebagai saksi alibi dia, untuk beri keterangan bersumpah konon Anwar
tidak ada ditempat kejadian! Tapi seorang pun tak datang Mahkamah! Mike
pikior sendirilah yop!
Jadi
untuk menyatakan Anwar sekarang “suci & bersih” daripada perbuatan
meliwat Saiful itu, ataupun daripada aktiviti homoseksual & liwat
hanya kerana Mahkamah membebaskan dia adalah tidak tepat sama sekali!
ADAKAH INI KONSPIRASI KERAJAAN
Keputusan
Mahkamah membebaskan Anwar (walaupun dengan bukti dan keterangan yang
begitu kuat) jelas membuktikan bahawa kes liwat Saiful ini bukan satu
konspirasi Kerajaan, apatah lagi YAB Perdana Menteri.
Anwar
cukup bijak memutar belit! Cukop mudah beliau putarbelitkan cerita
mengaitkan konon YAB PM terlibat hanya kerana Saiful pernah bergambar
dengan seorang kakitangan pejabat PM, dan konon ceritanya Saiful pernah
berjumpa dengan PM!
Sama
macam cubaan mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan PM. Hanya
kerana yang terlibat ialah Razak Baginda, penulis ucapan PM (yang
mengaku ada hubungan sulit dengan Altantuya), dan pegawai UTK yang
pernah menjadi bodyguard dan pengiring Tun Abdullah Badawi & Dato’
Sri Najib (semasa dia TPM). Maka habis diputarbelit cerita konon PM pun
terlibat! Alhamdulillah nasib baik teman sendiri adalah peguam yang
terlibat dengan kes Altantuya ini, dan teman menegaskan dengan jelas
bahawa PM tidak terlibat samasekali (walaupun masa itu teman adalah juga
peguam Anwar Ibrahim).
Dan
yang peliknya, Anwar langsung tidak mengaitkan kes Saiful dengan YB
Senator Ezam, sedangkan Saiful ada juga berjumpa Ezam. Begitu juga
dengan Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri langsung tidak dikaitkan,
sedangkan Rahimi yang membawa Saiful masuk bekerja dengan Anwar, dan
Rahimi membuat lapuran polis dia diarah membuat Akuan Bersumpah palsu
untuk mengaitkan PM dengan kes Saiful!
Apa
pun, jelas daripada keputusan Mahkamah membebaskan Anwar itu bahawa
fitnah kononnya ini semua satu konspirasi Kerajaan & PM adalah satu
pembohongan dan putar-belit semata-mata.
Dan
setelah fitnah konon tuduhan liwat itu satu konspirasi hancur
terhempas, kini mereka bawa pula satu fitnah terbaru; pembebasan Anwar
itu satu konspirasi Kerajaan kerana takutkan tekanan asing, dan kerana
takutkan kemarahan rakyat!
Hanya
mereka yang biol dan otak kurang sifat sahaja yang akan membuat tuduhan
jahat saperti ini. Kerana kalau benar, maknanya mereka menyatakan Dato’
Sri Najib yang bebaskan Anwar. Kalau itu betul, Anwar dan para penjilat
dan pencacai dia sepatutnya beratur diluar pagar Sri Perdana dan
mencium tangan dan kaki Dato’ Sri Najib sambil tunduk syukur dan
berterima kasih kerana Dato’ Sri Najib telah membebaskan Anwar.
RUMUSAN – MAHKAMAH RAKYAT
Apa
yang perlu kita faham ialah soal samada Anwar bersalah atau tidak
adalah tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan, itu kerja para Hakim,
bukan kerja kita. Selepas ini ada proses rayuan. Pendakwaraya telahpun
mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Selepas itu, mana-mana pihak
yang terkilan boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan. Dan Akhirnya nanti,
YDP Agong adalah merupakan autoriti terakhir sebagai penentu kepada kes
ini. Biarkan proses perundangan berjalan saperti mana biasa di Mahkamah
perundangan!
Jadi
sebagai rakyat, bukan menjadi kerja kita untuk pening kepala samada
Anwar kena sabit atau tidak, samada Anwar wajib dipenjarakan atau tidak.
Itu tugas dan bidangkuasa Mahkamah perundangan dan para Hakim!
Tetapi
itu tidak bermakna kita rakyat marhaen, kita rakyat biasa, kena pejam
mata buat tak tahu. Di luar sana ada satu lagi Mahkamah: iaitu Mahkamah
Rakyat. Mahkamah dimana Rakyat Hakim Negara! Dan perbicaraannya ialah
pada masa PRU 13.
Sebab
itu walaupun soal samada Anwar bersalah dan patut dihukum adalah tugas
Hakim dan Mahkamah Perundangan, tetapi soal samada Anwar layak atau
tidak menjadi calon Perdana Menteri adalah hak dan bidangkuasa Mahkamah
Rakyat dan Rakyat Adalah Hakim Negara!
Dan
dalam menjawab soalan samada Anwar layak atau tidak menjadi calon
Perdana Menteri mewakili pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS, Rakyat sebagai Hakim
Negara di Mahkamah Rakyat perlu menilai watak dan akhlak Anwar!
Disinilah
pentingnya kes liwat Saiful Bukhori dan keputusan Mahkamah membebaskan
Anwar itu! Iaitu jelas Anwar ini adalah manusia yang sangat buruk akhlak
dan perangainya.
Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, politik Anwar ini sangat kotor dan jijik!
Apa
yang jelas, Anwar ini adalah pembohong, penipu dan kaki putar alam!
Bukan sahaja rakyat Malaysia, habis satu dunia dibohongi, ditipu dan
diputarbelitkan. Konon ini satu konspirasi, konon perbicaraan itu hanya
satu sandiwara, konon skrip perbicaraan sudah disediakan, konon hukuman
sudah ditetapkan. Malah Anwar boleh kelentong satu dunia, konon sebagai
persediaan untuk dia ke penjara, pengganti sementara beliau sebagai
bakal PM sudah ditetapkan, sampai Anwar meninggalkan wasiat supaya
tolong tengok-tengokkan anak isteri dia bila dia ke penjara nanti!
Begitu hebat pembohongan, penipuan dan putar belit yang dikompangkan
Anwar Ibrahim.
Malah
dihadapan Hakim, semasa dipanggil membela diri, Anwar enggan mengangkat
sumpah memberi keterangan. Sebaliknya dia membaca satu kenyataan yang
antara petikannya saperti berikut:
“Saya
menyatakan sedemikian (iaitu perbicaraan ini adalah satu konspirasi
& sandiwara) kerana keluhuran Mahkamah telah terjejas dan
memperlihatkan segala unsur-unsur perbicaraan sandiwara, dimana skripnya
telahpun dirangka, dan HUKUMANNYA telah ditetapkan! Saya nyatakan
sedemikian kerana sebagai seorang Hakim yang mengadili perbicaraan ini,
kamu telah tanpa ragu lagi menunjukkan sikap berat sebelah!”.
Cuba
bayang yop, daripada awal sehinggalah dipanggil membela diri, Anwar
jelas membawa fitnah dan tohmahan kononnya perbicaraan dia adalah satu
konspirasi, dan hukuman sudah ditetapkan! Siap dengan amanat dan wasiat
lagi! Begitu bijak lakunan Anwar. Dan jika Mahkamah sabitkan kesalahan
dan menjatuhkan hukuman penjara, sudah pasti Anwar dan para pencacai dia
akan mengamuk dengan segala deminstarsi dan himpunan haram!
Tau-tau
Mahkamah membebaskan Anwar! Walaupun Hakim kata keterangan Saiful ada
kewibawaan dan integriti, walaupun sudah ada bukti video dan CCTV,
walaupun beberapa pakar forensic, perubatan dan kimia mengesahkan
kejadian, walaupun Anwar enggan berikan sample darah untuk ujian DNA,
walaupun Anwar enggan berikan keterangan bersumpah, walaupun tidak ada
seorang pun saksi alibi dia datang termasuk bini Anwar, walaupun Thomas
Hoogland terkejut teori dia “anu” Anwar tidak boleh berfungsi diperlekeh
dengan video yang ditunjuk oleh Pendakwaraya; walaupun Anwar tuduh
Hakim berat sebelah, walaupun Anwar fitnah kata hukuman telah
diskripkan; dengan semua itu HAKIM TETAP BEBASKAN ANWAR!
Itupun
nak kata konspirasi lagi? Bukan sahaja ianya menafikan konspirasi tidak
ujud, malah pembebasan Anwar membuktikan Anwar pembohong, penipu dan
kaki putar-belit!
Atas
alasan itu sahaja sudah cukup untuk Rakyat Hakim Negara menghukum Anwar
di Mahkamah Rakyat didalam perbicaraan PRU 13 dengan satu sahaja
hukuman: nyahkan Anwar dan Pakatan BiaDAP-PKR-TumPAS daripada politik
negara dengan memberi undi dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Dato’
Sri Najib Tun Razak untuk terus memimpin rakyat dan negara ini kearah
tranfomasi politik, ekonomi dan sosial.
Berikan 222 kerusi Parlimen kepada Dato’ Sri Najib, berikan 0 kepada Anwar!
No comments:
Post a Comment