ANIMSI

home

Followers


Saturday 21 January 2012

SATU KESILAPAN NIK AZIZ KATA ISU HASSAN ALI SELESAI PAS PUN OK? SILAP, PAS DAH DIRASUK ANWAR DAN DAP!!


Sebenarnya dengan pemecatan Hassan Ali telah meninggalkan kesan yang sangat besar kepada pas. Ramai dikalangan penyokong telah meragui dengan tindak tanduk pas akhir-akhir ini dan ianya memberi kesan yang sangat buruk kepada pas.
 Jika mengikutkan keadaan semasa ini pas dilihat tidak lagi relevan untuk bersama didalam Pakatan rakyat. Pas dilihat tidak berfungsi seperti mana perjuangan dan dasar PAS selama ini.
Penulis bukan berniat nak mengkritik PAS cuma nak cakap pada semua bahawa PAS semakin ditelan oleh DAP dan Anwar Ibrahim. Hal Ehwal Islam yang sebelum ini dipegang PAS telah dilucutkan dan diberikan kepada Khalid Ibrahim di selangor pasal apa?

PAS yang kononya ISLAM dinafikan Hak dalam Kerajaan Pakatan sendiri untuk memegang Portfolio Hal Ehwal Islam..... Hangpa puak PAS pakat renung renungkanlah ye semoga dapat melihat apa yang telah merasuk pas sekarang sehingga mengikut sahaja puak-puak DAP dan PKR..

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tindakan yang diambil terhadap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menyelesaikan konflik dalaman parti itu selama ini.

”Harapnya habis cerita Hasan, cerita lain habis juga,” kata Menteri Besar Kelantan yang tidak mahu lagi mengulas isu Hasan kerana beliau tidak menjadi ahli Pas lagi.

Hasan dipecat dari keahlian Pas pada 8 Januari lalu kerana mengeluarkan kenyataan yang merugikan Pas dan sehingga kini mengeluarkan pelbagai kritikan terhadap kepimpinan parti itu.

Nik Aziz yang ditemui selepas kuliah Jumaat di sini, berkata, isu dalaman yang membabitkan Pas kini sengaja dibangkitkan dan diperbesarkan pihak tertentu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

No comments:

Post a Comment