ANIMSI

home

Followers

Sunday, 29 January 2012

ANWAR YANG MEMUTAR KENYATAANYA KINI DAH KANTOI!!


Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah semata-mata untuk meraih kembali sokongan masyarakat Yahudi dan penyokong-penyokong Israel kepada beliau dalam usaha mendapat sokongan antarabangsa bagi menghadapi pilihanraya.

Berdasarkan temuramah eksklusif ketua pembangkang itu bersama Wall Street Journal pada hari Khamis, jelas bahawa prinsip dan pendirian Anwar mengenai isu Palestin sudah berubah.

Kenyataan Anwar yang disiarkan dalam Wall Street Journal mengenai sokongan penuh beliau kepada semua tindakan Israel bagi menjaga keselamatan negara Israel adalah jelas, kecuali kalau beliau ingin mendakwa Wall Street Journal melakukan kesilapan.

Kenyataan yang dibuat Anwar itu secara langsung jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.

Tindakan-tindakan yang ditakrifkan oleh Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut termasuklah antara lain serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Bezanya PKR dengan Umno, Umno tidak pernah menyokong tindakan-tindakan Israel ke atas Palestin malahan telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan-tindakan tersebut yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.

Berbeza pula dengan pendirian Anwar yang dilihat seringkali memutar belitkan kenyataan yang dibuat oleh beliau sendiri.

pssst: Sikap Anwar yang suka memutarbelit kini sudah lama dikesan oleh rakyat.

1 comment:

  1. Allah maha adil telah turunkan keadilan dia pd Anuar hingga tersilap cakap dan sekarang ini Anuar dibenci oleh dunia islam dan timur tengah termasuk Afrika utara atau semua negara islam dgn itu populariti beliau tergugat..."terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya"....

    ReplyDelete