Dimana Tuan Ibrahim Tuan Man memperolehi
fakta bahawa kerajaan negeri Pahang sedang mengalami masalah kewangan
dan menuju ke arah muflis? Adakah sekarang kita melihat Pahang sedang
dalam keadaan muflis, tidak mampu melaksanakan projek pembangunan,
membayar gaji, memberi biasiswa dan sebagainya?
Sudah tentu tidak, jadi bagaimana yang Tuan Ibrahim kata Pahang menuju muflis?
Prestasi sebenar Belanjawan negeri Pahang
sejak 1999 ialah 6 bajet lebihan (surplus), 3 budget berimbang dan
hanya 2 kali budget defisit. Bajet lebih dicatat pada 2002 (RM 7.2
juta), 2003 (RM 79.49 juta), 2004 (RM 95.63 juta), 2005 (RM 73.73 juta),
2006 (RM 72.17 juta) dan 2007 (RM 18.13 juta).
Keseluruhannya untuk tempoh tersebut, kerajaan negeri Pahang mencatat lebih sebanyak RM79.49 juta!!!
Bajet berimbang pula dicatat pada tahun
2000 dan 2001. Defisit pula hanya dicatat pada tahun 2008 dan 2009,
itupun berikutan kenaikan gaji kakitangan awam secara besar-besaran pada
tahun sebelumnya.
Rujuklah hansard DUN Pahang kalau tidak percaya sangat.
Jadi mana dia asas untuk Tuan Ibrahim
Tuan Man menuduh kerajaan negeri hampir muflis? Biasalah dengan bajet
defisit, nama pun bajet, ia hanya anggaran, kadang-kadang kita anggar
kutipan naik tapi hasil sebenar kutipan turun dan begitu juga
seterusnya.
Untuk 2 bajet yang defisit itupun
tidaklah sehingga membataskan perbelanjaan kerajaan negeri atau
menghalang projek pembangunan apatah lagi membankrapkan kerajaan
negeri. Ramai pakar ekonomi berpendapat defisit bukanlah sesuatu yang
jahat sebaliknya yang penting ialah kemana dan apa cara wang itu
dibelanjakan.
Jika buruk benar defisit ini dimata PAS,
kenapa bajet kerajaan pembangkang Selangor yang defisit sebanyak RM
65.96 juta pada 2009 tidak dijadikan isu?
Penulis berdoa agar pemimpin PAS yang
berketayap dan mengaku Islam ini berhenti daripada menyebarkan berita
palsu dan bohong demi kebaikan diri sendiri dan maruah umat Islam secara
keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment