ANIMSI

home

Followers


Tuesday, 13 December 2011

BERITA: AYAH RATAH DARA ANAK DI BILIK MANDI??




BANDAR JERANTUT – ‘Harapkan pagar, pagar makan padi.’ Itu ungkapan paling sesuai diberikan kepada seorang bapa yang disyaki merogol anak kandung sendiri berusia lapan tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Zakaria Kassim berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 14 Oktober lalu, apabila suspek berusia 32 tahun yang juga tukang masak sebuah kedai makan, dekat sini, bertindak menodai anak kandung sendiri ketika mangsa sedang mandi.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa baru pulang dari sekolah dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Katanya, pada masa sama suspek bertindak memasuki bilik mandi berkenaan lalu mengambil kesempatan ke atas mangsa.

“Perubahan sikap mangsa disedari ibu saudaranya, lalu bertanya apa yang berlaku. Setelah dimaklumkan mangsa, ibu saudaranya itu memberitahu nenek mangsa, selain bertanyakan sendiri kepada suspek yang juga adalah abangnya.

“Berang dengan aduan yang dibuat, berlaku pertelingkahan keluarga terutama antara suspek dengan adiknya itu,” katanya kepada wartawan.

Zakaria berkata, mangsa kemudiannya dibawa ibu saudara dan neneknya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut untuk membuat laporan, kira-kira jam 2 petang, pada 15 Oktober lalu.

“Hasil maklumat dan butiran lanjut oleh keluarga dan mangsa sendiri, suspek ditahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan sejurus selepas dia selesai membuat laporan polis.


No comments:

Post a Comment