ANIMSI

home

Followers


Wednesday 14 December 2011

HANGAT: DAP DAH BERGOLAK, PKR DAH NAK HANCUR, LIM BOO BOCOR RAHSIA SULIT PR???


PKR sebuah parti yang bergolak selepas Dap,
Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor Lim Boo Chang meletakkan semua jawatan dari parti itu dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.

NONESurat perletakan jawatan dan keluar partinya itu diserahkan kepada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, beliau pada mulanya tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya.

"Konflik antara anggota berterusan, jadi dengan hati yang berat, saya letak jawatan,” katanya.

Beliau juga mengumumkan pengundurannya sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR.

Beliau telah membocorkan rahsia PR yang memang tidak lagi sehaluan. Pas dengan cara pas, Dap dengan cara dap dan PKR dengan cara PKR. Beliau percaya PR akan berhadapan dengan pelbagai lagi krisis selepas ini.

No comments:

Post a Comment