Ada
desakan kepada PM Najib, supaya mana pemimpin yang tidak cuba
memperbaiki diri dalam hubungan media baru PRK kali ini dikurangkan
bilangannya kerana mereka tidak layak menduduki kepimpinan alaf baru!.
Mereka tidak sensitif kepada kaedah baru perjuangan abad ke21. Mereka
juga merupakan pemimpin oder lama tahun 1960an hingga 1980an.
Dipringkat
Bahagian sendiri kebutaan IT itu menyebabkan mereka tidak
memperdulikan kepentingan media baru. Mereka berkomunikas dengan rakyat
kaedah tradisi hingga tidak dapat dikesan dengan rada dalam zaman yang
sentiasa sibuk ini.
Merka
itu tidak dapat update akan diri mereka selari dengan ilmu
pengetahuan. Perdana Menteri sendiri telah mengubah diri hinggakan laman
blog, twitter dan facebooknya dikawal sendiri walaupun sibuk dengan
urusan harian dari subuh hingga ketengah malam. Difahamkan dalam
perjalanan pun belaiu masih sempat update twitter dan facebooknya.
Pemimpin
harus menjadi teladan kepada pengikut bahawa penambahan ilmu tidak
terhenti dibangku sekolah atau kuliah sahaja. Sebaliknya, ia harus
dituntut hingga menarik nafas terakhir. Jika pemimpin tidak dapat
berkomunikasi dalam sistem dunia tunggal abad ke21 ini, mereka pasti
ketinggalan zaman. Ramai pemimpin hidup tetapi sebenarnya dalam alam
maya mereka sudah mati .
Mengambil
mudah tentang system yang menunjang masyarakat generasi baru bukanlah
kepimpinan yang diteladani. Jika mereka yang tidak berkemahiran dalam IT
misalnya, menasihatkan generasi muda supaya belajar dan mendekati IT
sedangkan rakyat tahu mereka buta IT, adakah mereka itu pemimpin yang
berkesan atau hipokrit ?.
Justeru
itu, kepimpinan juga wajar diselarikan dengan masa. Ia bagi
menyesuaikan slogan PM Najib pada ketika ucapan sulungnya sebagai ketua
Pergerakan pemuda UMNO Malaysia ‘ berakar teguh – berakal canggih’ dan
diikuti oleh ucapan sulung diperasmian peregerakan pemuda UMNO Malaysia
sebagai Timbalan Presiden ‘pemuda Glokal’ yang bermaksud ‘global dan
lokal’ .
Kedua-dua
slogan tersebut adalah ‘melayu yang dapat menyesuaikan diri dengan
globalisasi dan tidak tercabut dari akarnya sebagai orang melayu.
Segala tindakan adalah manifestasi dari pemikiran global tetapi adab
dan budaya kekal sebagai amalan budaya bangsa melayu-Islam.
Jika
ia dapat diubah maka sudah masuk fasal transformasi politik Negara itu
sendiri. Adakah mereka memahami ciri-ciri transformasi politik selain
dari turun padang, mendekati masyarakat dan menyelesaikan masalah rakyat
?.
Jika
mereka faham maka sudah tentu ianya tidak menghalang proses
transformasi kerana mereka bersedia mengubah diri sejajar dengan
kehendak pucuk pimpinan. Sekitar 20 tahun perjalanan koridor raya
multimedia sudah pasti mengubah lanskap politik Negara. Namun demikian
ianya terlalu liat untuk berubah maka proses transformasi adalah senjata
berkesan.
psssssssst: Terima kasih kepada sahabat-sahabat bloger yang prihatin terhadap sahabat-sahabat. Sesunguhnya UMNO perlu ditegakan seperti mana kehendak dan tujuan parti untuk masa hadapan.
pemimpin perlu peka terhadap media baru!
ReplyDeletebetul pemimpin kena peka dan macam Najib cakap Siapa calon Yb yang aktif dengan media baru bonus kredit hehe..
ReplyDeleteDI JERANTUT SIAPA YA?
ReplyDelete