ANIMSI

home

Followers


Thursday 24 November 2011

MENJELANG PERHIMPUNAN UMNO, HISHAMMUDIN DAN PERWAKILAN


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein:

"Perwakilan harus sedar bahawa kelangsungan hidup parti berada di dalam tangan mereka.
Oleh yang demikian, katanya, mereka wajar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan arah tuju perjuangan parti, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
UMNO perlu terus mantap khususnya dalam landskap politik baru sekarang ini bagi memastikan parti dan Barisan Nasional (BN) kekal relevan,

"UMNO mesti menonjol sebagai sebuah parti yang mampu memenangi hati rakyat yang disenangi. UMNO mesti memberikan harapan baru kepada rakyat khususnya masyarakat Melayu,” katanya.
Beliau turut berharap para perwakilan selepas perhimpunan itu nanti, keluar dengan satu semangat juang yang tinggi dan memastikan parti terus mendapat mandat daripada rakyat.

No comments:

Post a Comment