ANIMSI

home

Followers


Friday 25 November 2011

ADUN DAP DIPANGGIL POLIS BERHUBUNG KES MENGHINA?


Polis akan memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik dari DAP bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat oleh dua wanita terhadap wakil rakyat itu kerana menghina mereka yang bersuamikan warga asing, malam kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan mengarahkan pegawai penyiasat untuk mendapatkan Arahan Untuk Siasatan (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Saya mengesahkan polis terima laporan kes terbabit dan akan dirujuk kepada DPP sebelum siasatan terperinci dijalankan. Kita akan panggil semua pihak yang ada maklumat atau berkaitan dengan kes ini.
“Kita akan jalankan siasatan secara telus tanpa mengira kedudukan mereka terlibat dan semua pihak diharap menyerahkan siasatan kepada polis tanpa mengambil sebarang tindakan sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bertemu Pelanggan di Sunway Carnival, di sini hari ini.

Ayub mengulas laporan polis dibuat Sarimah Packeer Mohd., 43, dan Fatimah Sharmin Abdullah, 30, yang mendakwa dihina semasa Wei Aik menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran rumah kedai termasuk premis milik mereka di Jalan Gurdwara di sini, pukul 6.30 petang.
Tambah Ayub lagi, pihaknya juga akan meneliti unsur ugutan bunuh seperti yang didakwa diterima suami Sarimah, Md. Mosharef Hossain semalam.

psssst: haiya apa cerita ini yb? ini DAP kena hati-hati sudah bikin rakyat susah hati, Sekarang rakyat sudah tidak mahu undi lu lagi!! haha.....

No comments:

Post a Comment