ANIMSI

home

Followers


Friday 25 November 2011

ISU LIWAT: PENYOKONG PAS TOLONG BACA



Liwat isteri menurut Mazhab Syafie adalah perlakuan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir

Persoalan utama bukan hukum hudud atau hukum ta’zir tetapi ialah ayat yang membawa maksud isteri boleh diliwat. Apa maksud ........ SELAIN DARIPADA ISTERINYA ........

Dr. Khairuddin Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

*Artikel ilmiah ini adalah respon kepada kejahilan sesetengah pihak tertentu terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas)

22hb Oktober 2011

Menurut al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie:

“Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.)

Malah, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan
liwat sebagai Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir meskipun ianya haram berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai hukuman Hudud. Al-San’ani iaitu salah seorang tokoh ulama mazhab Hanafi menyebut dalam Bada’i al- Sana’i :

“Dan demikianlah persetubuhan pada dubur lelaki atau perempuan tidak mewajibkan Hudud di sisi Abu Hanifah meskipun ianya adalah haram kerana persetubuhan tidak berlaku pada kemaluan depan, maka ia bukannya zina. Manakala di sisi kedua-duanya –Imam Muhammad dan Imam Hasan (dua tokoh besar mazhab Hanafi) dan juga di sisi Imam Syafie perbuatan itu mewajibkan hukuman hudud.” (Bada’I al-Sana’i`, Juz 15, hlm 24). Ini kerana pada pendapat Imam Abu Hanifah zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada “persetubuhan pada kemaluan depan.”

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 telah mengambil pendapat Imam Syafie dan Mazhab Syafie dalam mengkategorikan jenayah liwat sebagai Hukuman Hudud dan tidak mengkategorikan liwat isteri sebagai Hukuman Hudud.

Seksyen 14 dengan tajuk Liwat ini menjelaskan takrifan jenayah Liwat yang dikenakan Hukuman Hudud. Menurut seksyen ini, jenayah Liwat yang akan dikenakan Hukuman Hudud tidak merangkumi keadaan di mana isteri diliwat oleh suami.

Persoalannya, bagaimana pula dengan isteri yang diliwat oleh suami? Apa hukumannya? Adakah ianya halal? Jawapannya ialah meliwat isteri adalah haram dengan sepakat ulama. Ia adalah perlakuan jenayah yang termasuk kategori Hukuman Ta’zir bukannya Hukuman Hudud. Apabila hukuman bagi jenayah Liwat Isteri nya tidak disebut dalam Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M, maka ia termasuk dalam kategori Ta’zir sebagaimana penjelasan dalam Seksyen 3. Jenis-Jenis kesalahan dan juga dirujuk kepada Bahagian XI Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran.

Amat malang sekali apabila ada ahli parlimen yang berstatus peguam telah gagal memahami dengan tepat peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M sehingga membuat kesimpulan kefahaman yang boleh memberikan kefahaman negatif kepada masyarakat seolah jenayah Liwat Isteri adalah dibenarkan dan dibolehkan.

YB Zulkifli Nordin :

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki…kita faham lah itu… atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna) tidak liwat dalam hudud Pas ini,” kata Zulkifli.

1 comment:

  1. Salam perjuangan tuan,

    Kami mohon jasa baik tuan untuk letakkan link blog ikrar pemuda dan blog tuan. Kami juga akan link kan blog tuan dalam blog ikrar pemuda.

    Bersama kita melanyak pakatan haram demi menjaga agama, bangsa dan negara tercinta ini.

    Sekian. T. Kasih.

    Team Ikrar Pemuda
    http://ikrarpemuda.blogspot.com

    ReplyDelete