ANIMSI

home

Followers


Monday 21 November 2011

PANAS: ZAID PARTI KITA LAWAN NAJIB DI PARLIMEN PEKAN??

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak akan meletak calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.
Ahli Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sementara Ahli Parlimen Pagoh disandang oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Zaid berkata, walaupun KITA mahukan perubahan kepada rakyat, ia hanya akan meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya.
"Ini bererti kita tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kepada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan.
"Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut,” tambahnya.
Beliau berkata, KITA akan mengumumkan calon secara berperingkat dan akan menumpukan untuk bertanding di kawasan di mana pengundi tidak berpuas hati dengan wakil rakyat sedia ada.

No comments:

Post a Comment