ANIMSI

home

Followers


Monday 7 November 2011

PANAS: BELANG DAP SUDAH PECAH, DAP INGIN HAPUSKAN KUASA MELAYU??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzbciCmXwMOUq7BerZ8zipmNYMGwAEx8DiUETf5w9-etNvs97cY7oYCzZAgs3TOopXWlhfViDyeJRmKRRCvw8i34EAzbWIik17GN657KqPF5tRcQlm6i5HasabWQ8dHC-z1m7Sx3-Degs/s400/dap_anti_islam.jpg
Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majoriti penjawat awam merupakan orang Melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut.
“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.

“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, DAP seharusnya melaksanakan terlebih dahulu hasrat mereka itu di negari-negeri ditadbir pembangkang dan lihat kesannya.

“Saya cabar mereka laksanakan dahulu hasrat mereka itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita tengok apa reaksinya,” jelasnya.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengu rangkan penjawat awam dan mena matkan perkhidmatan mereka yang tidak efi sien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan

Ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat yang turut menyentuh isu tersebut menganggap ia sebagai satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.
Katanya, konsep Malaysian-Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras negara ini.

‘‘Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam Pas.

‘‘Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,’’ katanya.

psssst: Wahai dunia lihat DAP ini sudah lupa diri!!

2 comments:

  1. Kami kakitangan awam mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tony Pua. Semoga isu ini menjadi hangat dan kakitangan awam akan mendapat manfaat sebagaimana anggota keselamatan selepas isu kominis yg di war2kan berikutan kenyataan Mat Sabu. Harap media main peranan bersungguh2 dan didahuli dengan ucapan terima kasih.

    ReplyDelete
  2. tahniahhhh semua kakitangan awammmm nanti dpt bonus lagiiiii

    ReplyDelete