ANIMSI

home

Followers

Sunday, 4 September 2011

RAKYAT KELANTAN RELA JALAN RAYA SESAK!!!!!


BACHOK 3 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di semua rangkaian jalan raya di seluruh negeri ini terutama pada musim perayaan walaupun diberi tempoh 10 hingga 15 tahun lagi meneruskan pentadbiran di negeri ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ia terbukti apabila mereka gagal menyelesaikannya selepas diberi peluang sejak lebih 20 tahun lalu di mana masalah yang sama iaitu kesesakan lalu lintas terutama pada musim perayaan berulang-ulang pada setiap tahun.
“Walaupun negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur berlaku kesesakan, mereka mempunyai agenda untuk menyelesaikannya dengan perancangan yang strategik tetapi tidak di Kelantan,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediamannya di Perupok dekat sini, petang semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kesesakan teruk hampir keseluruhan jalan raya di Kelantan sebelum dan selepas hari raya.
Antara jalan yang paling sesak ialah Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kota Bharu-Tumpat dan Pasir Puteh-Kota Bharu.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kelantan (JKJR), Mohd. Azlisham Abdul Rahman dilaporkan berkata, jumlah kenderaan yang pulang berhari raya di kampung pada tahun ini dijangka bertambah secara mendadak dari 60,000 tahun lalu kepada 80,000 buah kenderaan tahun ini.

No comments:

Post a Comment