Pada pagi Syawal yang mulia, begitu girang sekali perasaan cucu yang berpeluang mahu menjamah masakan nenek mereka. Ketupat dan rendang memang menjadi impian setiap insan yang menyambut Hari Raya di pagi Aidil Fitri yang muncul setahun hanya sekali...
Apatah lagi sekiranya masakan nenek yang kita kasihi, air tangan nenek yang punyai pengalam memasak juadah selama bepuluh puluh tahun, pasti enak!
Begitulah juga perasaan girang yang lahir dalam naluri Afifah dan Shazliana, mereka adalah anak anak kepada Azmin Ali.
Belum pun sempat menjamah.., baru sekadar menceduk lauk pauk ketupat kedalam pinggan, tak semena mena Azmin terus menengking dan mengherdik .... “Jangan makan..! Jangan duduk..! Semua tu najis…! Semua yang ada dalam rumah ni semuanya najis! Perlu disamak..! “
Tersentuh hiba perasaan seorang ibu menyaksikan tindakan kasar, biadap anaknya itu...
Azmin menjadi berang kerana sewaktu beliau tiba dirumah Mak Ton ibunya itu, Ummi Hafilda serta kakak kakaknya yang lain sudah berada dalam rumah itu juga bertujuan untuk berhari raya bersama keluarga yang tercinta.
Begitulah watak sebenar seorang Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Timbalan Presiden sebuah parti yang bercita cita mahu menjadi pemerintah negara kita ini... Lihatlah sendiri..!
Dipentas ceramah memulakan ucapan dengan selawat serta salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta istighfar..., tetapi dalam hubungannya sesama ahli keluarga..?
baca seterusnya KLIK SINI!!
No comments:
Post a Comment