ANIMSI

home

Followers


Thursday 29 September 2011

ORANG JERANTUT SILA BACE: WARKAH UNTUK PEMIMPIN JERANTUT DAN RAKYAT JERANTUT 1


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLBGyaOVOJAxYUs2tn9ZXVWRk_ZaeamN0Kse2J8-_qviRazKpbFsOd1S4nFXv8h4i2i6Ji7X0MnuKGnonoP0b4YbhNoTS4kCTNORCbeJvYD9Dy_PF4SPhd8b1unyDYfZgWhIWHuA8sCFg/s1600/jerantut.jpg

     Rasa terpanggil PPJ untuk menjawab beberapa isu berkenaan landskap politik di kg kelahiran PPJ iaitu di Jerantut. Ada Sahabat-sahabat blogger yang lain membidas rakan blogger yang lain dan kononya PPJ tidak menghiraukan terhadap isu yang berlaku di Jerantut. 


  Kepada rakan-rakan blogger seperti Suara Perihatin Umno(SPU), WZWH, Urag drulug, Borok Politik Weh, Kutukan Dewataraya, Laksemana Jebat dan lain-lain PPJ rasa cukuplah untuk menceritakan perihal keburukan didalam kain sendiri kerana ia merupkan penyakit yang sedang menghinggap perangai politik UMNO Jerantut.


    Sekarang bukanlah masa untuk kita terus mencari kesalahan orang lain tetapi kita punyai agenda yang amat berat yang perlu untuk kita berganding bahu membetulkan kesilapan yang lalu. Mengapa soal perebutan kuasa menjadi agenda masing-masing? Adakah itu agenda yang digilakan seperti mana yang dimahukan pembangkang? Ramai orang disana hanya pandai berkata-kata tetapi amat sukar untuk melaksanakan.


    Kita lihat bagaimana PAS ketika ini sangat merasakan kesakitan yang amat perit apabila dasar perjuangan Parti itu untuk menegakkan hudud berkecai sama sekali.
     
Namun begitu pujian diberikan kepada Nik Aziz kerana tetap bersemangat didalam memperjuangan hudud walau pun impian itu musnah sama sekali kerana kekebalan DAP yang mementingkan Parti itu sahaja tanpa memikirkan impian pengikut-pengikut PAS yang bersemangat untuk memperjuagan cita-cita mereka


    Kembali kepada politik UMNO Jerantut, rakyat-rakyat di Jerantut keseluruhan inginkan perubahan. Namun jika sindrom syok sendiri yang dihidap oleh pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut adalah amat sukar untuk mempertahankan Barisan Nasional di Jerantut .


     Parlimen Jerantut
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWNwjjidxveADriUZa7sXsgwn0ql159fk5DZCHC03xbsQ1rZqfZCLlHNCc-oLbvtPHkLBeQtn9XyESLUeGNkCIwOCEG6LNboAkjS8Sor-8v9SMWIfufFwJJ_fw_Wk5LXzWJqQ8v82jDqw/s1600/azlan.jpg
PM Dato Seri Najib sangat jelas ingin meletakan calon baru di Parlimen Jerantut.Sudah 3 penggal Tengku Azlan menjadi Ahli Parlimen Jerantut dan sudah sampai masanya Tengku Azlan ingin berundur.

       Kami rakyat Jerantut sangat menghormati keputusan yang dibuat oleh Tengku Azlan baru-baru ini. Pernah saya dengar bahawa Najib tidak begitu mempercayai Tengku Azlan untuk menyokong beliau kerana Tengku Azlan orang Tengku Razali. Namun bukan itu persoalan yang timbul untuk memperjuangkan nasib rakyat Jerantut. Di Jerantut ini isu Nasionalisme amat kurang di bincangkan malah lebih banyak berkisarkan isu tempatan.
          Ini dapat dilihat bagaimana mentaliti Pemimpin Umno masih jauh ketinggalan dari segi pemikiran yang menjurumus kearah Nasionalisme. Terasa seperti sakit hati membaca ulasan diatas bukan? 


          Ini bermaksud orang di Jerantut inginkan perubahan dari semua aspek. Bukan sahaja Pembangunan malahan meliputi aspek pembangunan pemikiran. Saya tidak menceduk dari mana-mana idea namun saya menulis ini berdasarkan hasil dapatan saya didalam beberapa kajian yang dibuat secara lisan dan juga dapatan-dapatan melalui media eletronik berkenaan isu yang diutarakan.

       
          PPJ berharap sangat semua pemimpin Umno di Jerantut dapat membaca ini dan memahami maksud sebenar yang dimahukan oleh ahli-ahli Umno dan juga rakyat di Jerantut.


Pakatan Rakyat

Senario pakatan pembangkang diJerantut ini nampaknya begitu juga. Tak seperti yang disangka oleh orang-orang luar. Pengundi-pengundi di Jerantut ini tidak menyokong secara jujur malah hanyalah protes marahkan UMNO kata mereka. 

     Mereka tak sedar yang undi itu memakan diri apabila DAP terus berleluasa memperbodohkan rakan-rakan komponen yang lain. Contoh isu hudud yang sedang hangat di perkatakan. Mengapa mereka menyuruh tutup mulut sebelum mesyuarat pimpinan pakatan??


    Sebab mereka takut  dimaki oleh bos mereka kerana takut salah cakap dan berterabur. Kalau nak tahu, semua keputusan Anwar yang akan timbang dan selaras dengan PAS dan DAP. Anda ramai yang tak perasan cara dan teknik politik Anwar Ibrahim? Kerana apa, bila sebut je pasal kesalahan Anwar Ibrahim semua pengikut-pengikut terguris kononya Anwar is always right. Apa ingat Anwar malaikat ke?

Marilah kita sama-sama mencetuskan  perubahan demi tanah air tercinta dengan mempertahankan keamanan dan kesejahteraan di bumi tercinta..



Pssst: Mohon Maaf Jika terguris perasaan sahabat-sahabat.

4 comments:

  1. Betul,betul,betul - upin dan ipin cakap, bukan saya. Hari ini hari yang sedih buat org UMNO Jerantut atas pemergian Su UMNO kerahmatullah. Tapi yang menyedihkan, ada satu majlis sambutan hari raya yang di anjurkan oleh BN, Jabatan Kerajaan, NGO berpesta seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Siap dengan penyanyi lagi. Langsung tak hormat pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat jerantut itu. Apa punya pandir nya penganjur. Patut batalkan saja acara nyanyian itu, barulah namanya Islam. Porahhh

    ReplyDelete
  2. betul2 upin. orang mati pun masih nak berhibur bingai!!!

    ReplyDelete
  3. bagus ppj..diorang bukan nak membela rakyat diorang nok gile kuase je..nok-nok dompok ngan dr ssukri!!

    ReplyDelete
  4. bagus pemikir poltik Jerantut, deme tulih sangat bagus tak macam politik sempit mcm UD,wzwh,spu.Demeh betul-betul memperjuangan umno .dee jangan layan sangat demeh tu..

    ReplyDelete