
Rasa terpanggil PPJ untuk menjawab beberapa isu berkenaan
landskap politik di kg kelahiran PPJ iaitu di Jerantut. Ada Sahabat-sahabat
blogger yang lain membidas rakan blogger yang lain dan kononya PPJ tidak
menghiraukan terhadap isu yang berlaku di Jerantut.
Kepada rakan-rakan
blogger seperti Suara Perihatin Umno(SPU), WZWH, Urag drulug, Borok Politik
Weh, Kutukan Dewataraya, Laksemana Jebat dan lain-lain PPJ rasa cukuplah untuk
menceritakan perihal keburukan didalam kain sendiri kerana ia merupkan penyakit
yang sedang menghinggap perangai politik UMNO Jerantut.
Sekarang bukanlah masa untuk kita terus mencari kesalahan
orang lain tetapi kita punyai agenda yang amat berat yang perlu untuk kita
berganding bahu membetulkan kesilapan yang lalu. Mengapa soal perebutan kuasa
menjadi agenda masing-masing? Adakah itu agenda yang digilakan seperti mana
yang dimahukan pembangkang? Ramai orang disana hanya pandai berkata-kata tetapi
amat sukar untuk melaksanakan.
Kita lihat
bagaimana PAS ketika ini sangat merasakan kesakitan yang amat perit apabila
dasar perjuangan Parti itu untuk menegakkan hudud berkecai sama sekali.
Namun
begitu pujian diberikan kepada Nik Aziz kerana tetap bersemangat didalam
memperjuangan hudud walau pun impian itu musnah sama sekali kerana kekebalan
DAP yang mementingkan Parti itu sahaja tanpa memikirkan impian
pengikut-pengikut PAS yang bersemangat untuk memperjuagan cita-cita mereka
Kembali kepada
politik UMNO Jerantut, rakyat-rakyat di Jerantut keseluruhan inginkan
perubahan. Namun jika sindrom syok sendiri yang dihidap oleh pemimpin-pemimpin
UMNO Jerantut adalah amat sukar untuk mempertahankan Barisan Nasional di
Jerantut .
Parlimen Jerantut

PM Dato Seri Najib sangat jelas ingin meletakan calon baru
di Parlimen Jerantut.Sudah 3 penggal Tengku Azlan menjadi Ahli Parlimen
Jerantut dan sudah sampai masanya Tengku Azlan ingin berundur.
Kami rakyat
Jerantut sangat menghormati keputusan yang dibuat oleh Tengku Azlan baru-baru
ini. Pernah saya dengar bahawa Najib tidak begitu mempercayai Tengku Azlan untuk
menyokong beliau kerana Tengku Azlan orang Tengku Razali. Namun bukan itu
persoalan yang timbul untuk memperjuangkan nasib rakyat Jerantut. Di Jerantut
ini isu Nasionalisme amat kurang di bincangkan malah lebih banyak berkisarkan
isu tempatan.
Ini dapat dilihat bagaimana mentaliti Pemimpin Umno masih jauh
ketinggalan dari segi pemikiran yang menjurumus kearah Nasionalisme. Terasa
seperti sakit hati membaca ulasan diatas bukan?
Ini bermaksud orang di
Jerantut inginkan perubahan dari semua aspek. Bukan sahaja Pembangunan malahan
meliputi aspek pembangunan
pemikiran. Saya tidak menceduk dari mana-mana idea namun saya
menulis ini berdasarkan hasil dapatan saya didalam beberapa kajian yang dibuat
secara lisan dan juga dapatan-dapatan melalui media eletronik berkenaan isu
yang diutarakan.
PPJ berharap
sangat semua pemimpin Umno di Jerantut dapat membaca ini dan memahami maksud
sebenar yang dimahukan oleh ahli-ahli Umno dan juga rakyat di Jerantut.
Pakatan Rakyat
Senario pakatan pembangkang diJerantut ini nampaknya begitu
juga. Tak seperti yang disangka oleh orang-orang luar. Pengundi-pengundi di
Jerantut ini tidak menyokong secara jujur malah hanyalah protes marahkan UMNO
kata mereka.
Mereka tak sedar yang undi itu memakan diri apabila DAP terus
berleluasa memperbodohkan rakan-rakan komponen yang lain. Contoh isu hudud yang
sedang hangat di perkatakan. Mengapa mereka menyuruh tutup mulut sebelum
mesyuarat pimpinan pakatan??
Sebab mereka
takut dimaki oleh bos mereka kerana takut
salah cakap dan berterabur. Kalau nak tahu, semua keputusan Anwar yang akan
timbang dan selaras dengan PAS dan DAP. Anda ramai yang tak perasan cara dan
teknik politik Anwar Ibrahim? Kerana apa, bila sebut je pasal kesalahan Anwar
Ibrahim semua pengikut-pengikut terguris kononya Anwar is always right. Apa
ingat Anwar malaikat ke?
Marilah kita
sama-sama mencetuskan perubahan demi
tanah air tercinta dengan mempertahankan keamanan dan kesejahteraan di bumi
tercinta..
Pssst: Mohon Maaf Jika terguris perasaan sahabat-sahabat.
Betul,betul,betul - upin dan ipin cakap, bukan saya. Hari ini hari yang sedih buat org UMNO Jerantut atas pemergian Su UMNO kerahmatullah. Tapi yang menyedihkan, ada satu majlis sambutan hari raya yang di anjurkan oleh BN, Jabatan Kerajaan, NGO berpesta seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Siap dengan penyanyi lagi. Langsung tak hormat pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat jerantut itu. Apa punya pandir nya penganjur. Patut batalkan saja acara nyanyian itu, barulah namanya Islam. Porahhh
ReplyDeletebetul2 upin. orang mati pun masih nak berhibur bingai!!!
ReplyDeletebagus ppj..diorang bukan nak membela rakyat diorang nok gile kuase je..nok-nok dompok ngan dr ssukri!!
ReplyDeletebagus pemikir poltik Jerantut, deme tulih sangat bagus tak macam politik sempit mcm UD,wzwh,spu.Demeh betul-betul memperjuangan umno .dee jangan layan sangat demeh tu..
ReplyDelete