ANIMSI

home

Followers


Friday 19 August 2011

PM SELESAI ISU RAKYAT DI JERANTUT DAN ROMBAKAN CALON, PEMBANGKANG MULA KECUT.

PM Dato Seri Najib selesaikan isu rakyat di Jerantut. Kebelakangan ini tampak kelihatan pembangunan di luar bandar di kawasan Jerantut sangat terabai. PM sendiri perlu turun untuk meneyelesaikan isu rakyat di Jerantut agar tidak berlaku perubahan. Pembangkang di Jerantut kelihatan suka memanipulasikan isu yang mengatakan tiada pembangunan yang dijalankan secara keseluruhan di Jerantut ekoran pemimpin Parlimen dan Dun tidak melaksanakan tugas dengan telus. Ini sangat membahayakan apabila Pas Dan DAP akan mengambil alih tampuk pemerintahan bukan kerana kekuatan mereka tetapi dek kerana rasa tidak puas hati rakyat kepada cara perlaksanaan pemimpin @ wakil rakyat di Jerantut yang bersikap acuh tak acuh.

                                                        Tan Seri Tengku Azlan Abu Bakar

      Isu YBM Tengku Azlan ingin berundur merupakan satu tindakan yang sangat tepat untuk menyelamatkan UMNO dari terus di cemoh oleh rakyat di Jerantut yang inginkan pembaharuan. Maksud pembaharuan disini bukan bermaksud untuk memilih pembangkang tetapi mengubah calon pemimpin yang 'responsibility' dan mempunyai pemikiran yang dapat mengikuti perkembangan dunia moden dan intelektual.
      PM perlu melunaskan pemangunan yang banyak tercicir dan terbengkalai di kawasan Jerantut yang mana Parlimen dan Adun di kawasan Jerantut sendiri tidak dapat menyelesaikanya. Maklumat yang terkini diterima, Statistik pengundi dijerantut beralih arah kepada pembangkang adalah kerana isu calon dan juga pembangunan yang terlalu perlahan di Jerantut.
                                                              Dato Seri Najib

      Dato Seri Najib dalam temubualnya bersetuju untuk melakukan rombakan besar di Pahang lebih-lebih lagi di Parlimen Jerantut. Beliau juga akan memperimbangkan kerusi 3 kerusi Adun untuk meletakan calon yang dapat melaksanakan dasar tranformasi politik yang menguntungkan rakyat. Ini merupakan pekara yang sangat ditakutkan oleh pembangkang di Pahang apabila kekuatan calon melenyapkan isu-isu pembangkang yang hanya menyerang atas kelemahan pemimpin UMNO akhir-akhir ini.








No comments:

Post a Comment