ANIMSI

home

Followers


Friday 19 August 2011

PANAS!!!! AZMIL MUSTAFA (ALI SETAN) TIDAK PERLU HORMAT SULTAN!!!

Khabarnya solat tarawih yang sepatutnya dilakukan tergendala akibat ceramah kurang enak dari bekas pelakon dan kini pendakwah, Azmil Mustapha di Masjid Annur Kampung Melayu Subang, malam tadi
Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat tarawih selepas solat Isya' tergamam dengan ceramah yang disampaikan (agak hairan mengapa perlu berceramah sebelum solat tarawih ... yang mana lebih penting?). 
Dalam ceramah yang disampaikan Azmil dengan nada tinggi menghentam kerajaan BN sebagai tidak Islamik, DEB sebenarnya bermaksud Dasar Ekonomi Bodoh dan Sultan dan Agong tidak perlu dihormati kerana tidak melambangkan sebagai Ketua Agama Islam. 
Kariah Masjid Annur Kampung melayu Subang lantas pulang tanpa bersolat tarawih kerana muak dengan dengan ceramah yang disampaikan oleh Azmil Mustapha. 
Namun jika benar, maka Azmil Mustapha perlu tampil memberi penjelasan mengapa harus ceramah berbaur hasutan dan fitnah disampaikan dalam waktu umat Islam mendambakan keberkatan dan pahala di bulan Ramadhan. 
Semoga Azmil Mustapha tampil memberikan penjelasan terhadap dakwaan ini demi membersihkan nama beliau. 

No comments:

Post a Comment