ANIMSI

home

Followers

Saturday, 27 August 2011

PANAS!!!!! SEORANG LAGI LELAKI MELAYU BANGSAT ORANG SURUHAN DAP!!!

 
Seorang pemimpin DAP Melayu Pulau Pinang terus mendesak agar kerusi orang Melayu yang dimiliki oleh PKR diserahkan kepada DAP. Memang sudah diduga DAP akan terus menguasai Pulau Pinang tanpa PAS dan PKR.

Ahli jawatankuasa DAP Melayu Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor meminta agar PAS dan PKR menyerahkan sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen dan lima kerusi ...
dewan undangan negeri Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

Walaupun DAP berjaya mempunyai balaci Melayu yang akan dijadikan boneka tetapi pada dasarnya DAP tetap parti yang bencikan orang Melayu dan Islam.

Mereka meletakkan orang Melayu hanya untuk membolot kerusi majoriti Melayu agar mereka menjadi parti yang mempunyai majoriti Adun atau Ahli Parlimen yang Besar.

Kerusi Batu Maung kemungkinan akan jatuh ketangan DAP

Pada pilihan raya umum Mac 2008, DAP bertanding di 19 kerusi DUN di Pulau Pinang, manakala PKR di 16 kerusi dan PAS di lima kerusi. Bagi kerusi parlimen, DAP berentap di tujuh kerusi manakala PKR bertanding empat dan PAS, dua.

Ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat secara keseluruhan memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 11 daripada 13 kerusi parlimen.

Zulkifli bagaimanapun enggan mengulas kerusi-kerusi Melayu yang diintainya, tetapi yang pastinya antara kerusi yang menjadi sasaran mereka adalah Batu Maung yang kini dipegang oleh wakil PKR Malek Itik yang juga ahli exco Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment