ANIMSI

home

Followers


Monday, 8 August 2011

Apa Hal Pula DAP Mula Mempertikai Tentang ‘Kepincangan’ Undang-Undang Syariah Selangor



Pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor di Gereja Methodist Damansara Utama telah menyebabkan beberapa pihak dari Pakatan Rakyat mula memperkatakan tentang hak-hak JAIS. Sebahagian daripada mereka, terutama sekali dari DAP, terus sahaja mengatakan, JAIS tidak berhak melakukan pemeriksaan dan penyerbuan terhadap mana-mana gereja kerana tiada peruntukan untuknya.
Bagaimanapun, apabila menyedari JAIS sebenarnya berhak melakukan pemeriksaan dan penyerbuan sekalipun tanpa waran, cerita yang keluar dari mulut mereka, sudah bertukar. Para pemimpin DAP, khususnya Lim Kit Siang menyalahkan MCA, GERAKAN dan MIC kerana telah menyokong kewujudan empat akta yang membenarkan JAIS bertindak begitu.
Keempat-empat akta yang dimaksudkan adalah:
  • Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
  • Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988
  • Kanun Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Enakmen 2003.
  • Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Enakmen 2003.
Akta-akta berkenaan sekaligus membenarkan tindakan JAIS yang melakukan pemeriksaan secara mengejut di Gereja Methodist. Dan menariknya keempat-empat akta berkenaan diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional pada tahun 1988 bagi membolehkan tindakan dikenakan terhadap bukan Islam yang cuba memurtadkan umat Islam dengan sebarang cara.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah menggalakkan atau memperdayakan umat Islam agar menjadi murtad; menerima arahan atau terbabit dalam sebarang aktiviti bagi faedah agama bukan Islam; sekiranya bukan Islam berkomunikasi dengan umat Islam bagi tujuan agar orang Islam tersebut membuat sebarang ucapan bagi faedah agama bukan Islam; sekiranya seseorang menggunakan perkataan atau kalimah yang tidak dibenarkan bagi menerangkan mana-mana kepercayaan yang berkaitan dengan agama bukan Islam; dan sebagainya.
Seksyen 11 daripada
DAP menerusi wakil-wakilnya di DUN telah melahirkan penentangan apabila undang-undang tersebut diusulkan di DUN Selangor pada tahun 1988 dan mendakwa undang-undang tersebut akan merampas hak bukan Islam. Bagaimanapun, walau ditentang hebat oleh DAP, undang-undang tersebut diluluskan dan disokong oleh beberapa orang wakil bukan Islam, termasuklah dari kalangan MCA.
Hak bukan Islam apa sebenarnya yang cuba diperkatakan oleh DAP? Hak untuk memurtadkan umat Islam?
Perlembagaan negara ini membenarkan rakyat menjalankan kegiatan agama masing-masing secara bebas. Bagaimanapun, mereka juga perlu mematuhi undang-undang yang melarang sebarang bentuk pendakwahan atau cubaan untuk memurtadkan umat Islam.
DAP seringkali menyatakan bahawa sebarang undang-undang yang menyekat usaha memurtadkan umat Islam sebagai gangguan terhadap hak-hak bukan Islam. Dan pada masa yang sama, beberapa pihak dari kalangan umat Islam sendiri menyokong pendapat DAP itu.
Apakah tindakan terbaru JAIS ini akan menyebabkan DAP bakal mengusulkan cadangan untuk menghapuskan keempat-empat enakmen berkenaan dalam Sidang DUN yang akan datang?
Sama ada suka atau sebaliknya, sokong atau menentang, DAP adalah penguasa sebenar di Selangor. Walaupun PKR merupakan pemegang konsesi majoriti tetapi DAP lebih dominan, terutama menerusi peruntukan jawatan-jawatan dan portfolio-portfolio penting untuk puak itu, sudah jelas menunjukkan Khalid Ibrahim dan para pemimpin PAS di Selangor tidak ubah seperti lembu yang dicucuk hidung.
Justeru, apa yang berlaku sekarang menunjukkan dan membuktikan bagaimana DAP melakukan cengkaman ke atas Selangor yang selama ini cuba dinafikan oleh pencacai-pencacai Pakatan Rakyat.
Jilatlah lagi DAP dan berangan-angan sambil mencipta bayangan indah bahawa DAP akan membela umat Islam apabila mereka berkuasa penuh… kalau sekarang pun DAP telah membuktikan bahawa mereka selayaknya tidak boleh dipercayai, bayangkanlah bagaimana DAP diberikan kuasa yang lebih besar.

No comments:

Post a Comment