ANIMSI

home

Followers


Thursday 22 September 2011

YB DATO HAMIDAH, MISS BIKINI!!





KENYATAAN YB DATO HAMIDAH MENGENAI PENGANJURAN MISS BIKINI DI PANGKOR ISLAND BEACH RESORT

Kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang prihatin dalam isu semasa di negeri Perak termasuk isu penganjuran Miss Bikini yang akan diadakan di Pangkor Island Beach Resort.

Sekali lagi perlu ditegaskan bahawa kerajaan negeri Perak tidak terlibat dalam apa-apa penganjuran seperti itu samada pada peringkat pelancongan negeri Perak atau peringkat Adun kawasan tersebut.

Kerajaan negeri Perak memandang serius terhadap penganjuran Pertandingan ‘Full Moon Beach yang turut mempertandingkan Miss Bikini Malaysia yang akan diadakan di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti.

Pertandingan itu sebenarnya telah dianjurkan oleh pihak swasta namun pihak kerajaan negeri memandang ianya bukanlah sesuatu yang mencerminkan adat ketimuran malah telah mencemarkan imej negara yang berpegang teguh kepada budaya dan adat.

Juteru itu kerajaan negeri telah meminta Pegawai Daerah mengambil tindakan selanjutnya keatas penganjuran itu dan dimaklumkan juga penganjuran itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

Oleh itu sebagai langkah awal kerajaan negeri akan meminta laporan terperinci daripada pihak berkuasa tempatan mengenai penganjuran akan memberi impak negatif malah memalukan Negara dan meminta pihak berkuasa memantau aktiviti tersebut.

Ingin dinyatakan juga dalam hal ini PAS perlu konsisten dan adil dalam memberi teguran seperti ini jangan hanya melihat masalah di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional sahaja, bagaimana pula dengan negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan pakatan rakyat yang menyumbang penyakit HIV/Aids dan aktiviti pelacuran tertinggi di Malaysia.

No comments:

Post a Comment