ANIMSI

home

Followers


Thursday 22 September 2011

PANAS LAGI!: PARTI BIKINI, KERAJAAN PERAK??


Kerajaan Negeri Perak tidak terlibat dengan penganjuran program "Miss Bikini" yang akan diadakan di Pangkor Island Beach Resort (PIBR) di Pulau Pangkor pada 7 dan 8 Oktober ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri Perak, Datuk Hamidah Osman.

Beliau berkata arahan juga telah dikeluarkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan Manjung supaya mengambil tindakan kerana difahamkan penganjuran itu tidak mendapat kebenaran.

full moon beach party, miss bikini"Sebagai langkah awal, kerajaan negeri akan meminta laporan terperinci daripada PBT mengenai penganjuran aktiviti yang memberi impak negatif termasuk memalukan negara selain memantau aktiviti tersebut.

"Walaupun ia dianjurkan pihak swasta namun pihak kerajaan negeri memandang serius kerana ia bukanlah sesuatu yang mencerminkan adat ketimuran malah telah mencemarkan imej negara yang berpegang teguh kepada budaya dan adat," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Hamidah berkata beliau bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang membangkitkan isu berkenaan.

Semalam, PIBR dilaporkan menjelaskan bahawa program berkenaan tidak melibatkan sebarang pertandingan dan diadakan sebagai promosi produk pakaian pantai oleh dua buah syarikat pereka fesyen.

Sambil berjanji untuk memastikan acara itu tidak melampaui batas budaya timur, PIBR dalam kenyataan itu juga menjelaskan model terlibat adalah peragawati dan peragawan profesional dari luar negara yang merupakan sebahagian daripada program 'Full Moon Beach Party' (Pesta Pantai Bulan Mengambang).

No comments:

Post a Comment