“Anwar boleh lantik siapa sahaja yang dia mahu sebagai speaker dan
kita akan terima tapi tunggu dia jadi Perdana Menteri. Sekarang dia
perlu hormat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak”.
Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata
demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang mahu mantan hakim mahkamah Persekutuan Datuk Abdul
Kadir Sulaiman sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke 13.
Jelas Sharkar selanjutnya, Anwar tidak perlu jadi kartun atau buat
cerita lawak kerana dia pasti akan malu sendiri apabila mengeluarkan
kenyataan yang tidak sepatutnya.
Sebagai individu yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana
Menteri, seharusnya Anwar lebih bijak mengeluarkan kenyataan dan tahu
bagaimana Yang diPertua Dewan Rakyat dilantik.
“BN sebagai kerajaan yang memerintah maka terpulanglah kepada kita
untuk melantik siapa jadi Speaker. Kita tahu siapa yang layak dan tidak
layak. Sebelum ini, dia juga yang cakap tidak terima keputusan PRU-13,
kemudian mahu boikot Parlimen, sekarang dia pula sibuk mahu mencadangkan
siapa patut jadi Speaker.
“Nampak sangat kemaruk untuk jadi Perdana Menteri… Sebenarnya, bagi
saya Anwar rasa malu dengan penyokong sendiri kerana sebelum ini dia
amat yakin dapat jadi Perdana Menteri. Bila kalah maka terpaksalah dia
mereka ‘drama’ terbaru untuk tutup malu,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambahnya lagi, Anwar perlu belajar untuk hormat orang lain dan
jangan terlalu taksub mengejar jawatan sehinggakan semua perkara hendak
dicampur tangan kononnya apa yang dicadangkan olehnya adalah yang
terbaik.
Lawati portal www.bperak.com untuk mendapatkan pelbagai isu semasa luar dan dalam negeri. Terima kasih. Portal Berita Perak.
ReplyDelete