Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.
Perkara
 ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri 
mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua 
pertiga di Dewan Rakyat.
Pembangkang
 berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik 
dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.
Malangnya
 mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat 
masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai 
tunjang utama pemerintahan negara.
Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.
Apatah
 lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua 
Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan 
mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.
Antara
 pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang 
akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan 
belanjawan negara bagi tahun 2013.
Tahun
 ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua 
hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen.
Inilah
 taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 
2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan 
olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN 
menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.
Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya.
Walaupun
 dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri 
Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai 
Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.
Hakikatnya
 senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah 
meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran 
pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.
Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.
Jika
 kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di 
kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung
 pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.
Hairan
 pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
 Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi 
kepentingan golongan pelajar.
Mungkin
 Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan 
kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.
Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.
Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi.
Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.
Tidak
 pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara 
serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka 
sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.
Perkara
 tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat 
menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di 
peringkat Pusat.
Jadi
 apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan 
dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri?
Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!
Siapa
 peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki 
kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah 
daripada bajet palsu itu.
Jadi
 tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun 
membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang 
sebab ia semata-mata gimik politik.
Pihak
 yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan 
Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah 
dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang 
dibuat olehnya.
Kalau
 dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan 
bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak
 salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak 
produktif. 
Mungkin
 juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka 
kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti.
-GAP 

biasa manusia bila mahu berkuasa mcm2 mereka blh buat..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDelete