ANIMSI

home

Followers


Thursday 31 July 2014

PAS JADI BODOH! Pas akan kalah Kata Tony Pua! Dap kasi Warning!!


Pengerusi DAP Selangor Tony Pua memberi amaran bahawa PAS tidak akan mendapat sokongan, kalah teruk dan akhirnya lenyap dari peta politik Selangor sekiranya pilihanraya mengejut diadakan di Selangor.

Pua berkata sekiranya PAS terus berdegil menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, pilihanraya mengejut besar kemungkinan akan diadakan yang menyebabkan PAS kalah teruk.

Jika kemelut jawatan MB Selangor ini berterusan dengan DAP dan PKR mahu Khalid digantikan tetapi PAS berdegil untuk mengekalkan Khalid dengan sokongan UMNO, Dewan Negeri akan terbelah dua tanpa majoriti jelas dan Khalid mungkin akan meminta supaya pilihanraya diadakan di Selangor.

Menurut Pua, jika pilihanraya mengejut diadakan, parti-parti komponen Pakatan Rakyat dijangka akan mengalami kekalahan dan parti yang paling teruk terjejas ialah PAS.
Pua mendakwa PAS akan hilang 12 daripada 15 kerusi DUN yang dimilikinya sekarang dengan jangkaan parti tersebut kehilangan sokongan bukan Melayu sehingga 25%.

1 comment:

  1. hahaha pak nujum sudah buat andaian.................tony biar kalah pun......asal solidariti kami ahli PAS solid, menang pun asyik berpolitiking,bergabung dgn org rakus,tamak x der faedah yg perlu dibanggakan.......buat rakyat menyampah jer

    ReplyDelete