ANIMSI

home

Followers


Friday 3 January 2014

Pengikut Dap Kena Tipu Dengan Guan Eng..Depan tak boleh belakang boleh bikin!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng diselar kerana disifatkan tidak mengamalkan contoh pengurusan dan pentadbiran negeri yang baik dalam mempertahan pembelian kereta mewah jenis Mercedes-Benz S300L untuk kegunaan rasminya. Guan Eng menunjukkan contoh bertentangan dengan dasar perbelanjaan berhemah yang sering dicanang dalam setiap ceramah politiknya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang begitu lantang menghentam pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Terengganu yang membeli kereta berkenaan dengan dakwaan membazir dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sekarang Guan Eng pula berbuat demikian sedangkan dalam tempoh dua bulan lalu, beliau telah diberikan sebuah kereta baharu jenis Camry untuk urusan rasminya. Dalam tempoh yang cukup singkat, beli pula sebuah lagi kereta baharu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang selama ini sering bermegah dengan mendakwa tidak akan menggunakan duit rakyat sewenang-wenangnya mengundang kritikan pelbagai pihak selepas membelanjakan hampir setengah juta untuk membeli dua buah kereta bagi kegunaan Ketua Menteri dalam tempoh hanya dua bulan.

 Walaupun Guan Eng mempertahan pembelian kereta mewah itu atas alasan diberi potongan harga, namun keputusan tersebut tetap merupakan pembaziran memandangkan bukan keperluan mendesak.

Negeri ini bukan besar sangat. Jadi untuk urusan rasmi, adalah memadai dengan menggunakan kereta Camry yang dibeli sebelum ini.

Dahulu bukan main kritik pihak lain dengan menyatakan membazir dan sebagainya, sekarang mereka pula lakukannya. Sebab  beliau cakap tidak serupa bikin.

No comments:

Post a Comment