ANIMSI

home

Followers


Tuesday 2 April 2013

SELAMAT BERJUANG SAHABAT SEMUA!!! BILA BERSATU!!!


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berjuang buat semua sahabat media. Andai ada terlanjur ampun maaf dipinta.

Sama-samalah kita menginsafi terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini. Kita menolak Pembangkang bukan atas dasar kebencian tetapi atas dasar Sayangkan Agama Bangsa dan Negara. Kita Tidak Mahu mereka sengaja menanam api kebencian dengan memainkan emosi rakyat sehingga ada segelintirnya sanggup berbuat apa sahaja disebabkan terpengaruh dengan hasutan jahat Anwar Ibrahim!!.

Marilah kita menginsafi terhadap apa yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menghapuskan kepercayaan rakyat dengan memainkan pelbagai isu yang tidak boleh diterima oleh orang Islam, Melayu dan kaum-kaum lain. Kita tetap bersatu walau apa jua keadaan. Tetapi untuk merosakan kemakmuran yang telah dibina ini semestinya kita tolak habis-habisan!!!




No comments:

Post a Comment