ANIMSI

home

Followers


Tuesday, 8 January 2013

PERGH!!! VIDEO RAFIZI EHEM2!! PADAN MUKA RAFIZI!!




talkinkan penjilat tegar Anwar Ibrahim ini!

“YA, kiriman SMS beberapa hari lalu kepada rakan-rakan media adalah dihantar oleh saya sendiri,”.
Kontroversi yang melibatkan Peniaga Karpet, Deepak Jaikishan semakin hangat diperkatakan terutama di kalangan media-media siber puak pembangkang atau lebih khusus PKR.
Walaupun Deepak bukanlah individu yang menyokong BN atau UMNO khususnya, namun kenyataan beliau telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin PKR.
Sehinggakan, wujud satu cerita yang mengatakan peniaga itu menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Black Rose’ yang menceritakan mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan kes pembunuhan Altantuya.
Situasi itu sememangnya menimbulkan syak wasangka kerana Deepak, sejak dari awal lagi bukanlah golongan pro-BN namun beliau kini seolah-olah telah disabotaj oleh pemimpin PKR.
Susulan kewujudan buku yang dikatakan diterbitkan oleh Deepak, satu kenyataan balas telah dibuat peniaga terbabit bagi merungkai kekeliruan yang timbul.
“Saya rasa ada pihak yang nak ambil kesempatan tentang perkara ini… saya nak tegaskan buku saya adalah sebuah novel.
“Peguam dan kawan-kawan saya ada salinan buku itu dan buku saya bukan sampah seperti buku yang mereka katakan itu.
“Saya tahu ada pihak yang tidak berminat untuk mengetahui perkara sebenar malah individu terbabit cuba menghalang saya dari menyatakan kebenaran.
Deepak menambah, ‘Black Rose’ seperti yang dikatakan oleh pihak tertentu sememangnya nampak hampir sama dengan buku hasil penulisannya.
Namun katanya, wujud sesuatu yang pelik kerana setiap watak dalam buku terbitan Deepak adalah menggunakan nama dan melambang individu yang sebenar termasuk dirinya.
Berbeza dengan buku yang diperkatakan oleh MalaysiaKini, dimana penerbitan buku terbabit menggunakan nama samaran bagi menunjukkan watak tertentu.
“Macam ada copycat tetapi diputarbelitkan.
“Saya sendiri tidak faham kenapa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli boleh mengemukakan bukti kononya ada dokumen… fakta mana yang dia dapat ni,” katanya dalam sidang media petang tadi.
Justeru, kini Deepak mencabar Rafizi supaya mengemukakan bukti bahawa terdapat pihak ketiga yang menyerahkan dokumen berkaitan transaksi pembelian barang kemas yang mengaitkan Rosmah.
Menurut Deepak, Rafizi perlu mengakui siapa pihak ketiga yang dimaksudkan agar tidak menyusahkan pihak lain.
“Bila perkara ini berlaku mulalah ada pihak yang kata ada orang UMNO di belakang saya atau saya telah dibayar oleh individu lain untuk menjatuhkan Rosmah.
“Apa ni… I’m Not For Sale, saya sumpah tidak ada orang UMNO di belakang saya,” katanya.
Terdahulu, laporan MalaysiaKini menyatakan perlancaran buku ‘Black Rose’, satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Difahamkan Siri pertama – Black Rose 1.0 – telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai ‘Spirit of Altantuya’.
Lantas, Deepak telah menafikan pelancaran buku tersebut dikeluarkan olehnya melalui SMS kepada semua media dan meminta namanya dikeluarkan.

Tetapi apa yang peliknya adalah, sehingga kini Malaysiakini masih belum mengeluarkan kenyataan penafian Deepak serta mengeluarkan namanya.
Tindakan dan kedegilan Malaysiakini ini telah mencetuskan satu tanggapan mengenai adakah media pro pembangkang itu mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah.
Apa tidaknya, sudah beberapa hari Deepak telah menghantar kiriman SMS kepada media termasuk Malaysiakini, namun sampai sekarang tidak ada apa yang berlaku.
Selanjutnya baca d SINI

No comments:

Post a Comment