ANIMSI

home

Followers


Sunday, 13 January 2013

KL 112 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KETELUSAN BN? HAYATI DENGAN HATI YANG TENANG DISINI...



 Apa lagi yang mahu diperkatakan oleh pr bila mana Undang-undang negara sudah banyak dilakukan perubahan.
 Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh pr berkenaan dengan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang berkuku besi adalah tidak tepat sama sekali.

 Nak kira dari segi politiknya Pr kini telah melakukan sedikit kerugian didalam memikat hati pengundi mana taknya apa yang dituntut oleh mereka selama ini kini beransur berlaku perubahan tinggal lagi sejauh mana perubahan yang dilakukan oleh pembangkang masih kabur.. 

Dalam masa yang sama BN memerintah Negara perlu memikul tugas yang amat berat dengan melaksanakan pembangunan negara dalam masa yang sama turut melayani karenah pelbagai ragam dan tuntutan Pembangkang yang sememangnya berfikiran membangkang.

 Hakikat yang perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia bahawasanya BN sudah kembali dihati rakyat.

 Hanya rakyat melayani nafsu bersifat manusia yang tidak mahu menerima hakikat dan realiti sebenar.

 Sebagai langkah yang sangat bijak yang dilaksanakn oleh BN seharusnya di nilai sebenar-benarnya. 

Masih melayan kerakusan manusia tidak menerima perubahan? Kau orang memang pandai mencari salah BN tetapi BN tidak gemar mencari kesalahan PR.

Mereka suka menuduh dan bila isu di abaikan mereka terus mempercayai tanpa rasa bersalah.

Bukan semua rakyat bersetuju dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat! Harus diingat!
Mereka yang ramai berada diluar ada yang tidak menyokong usaha mereka memburukan orang lain.. Kerana Islam tidak mengajar mencari salah orang..

Kau orang boleh tuduh aku pencacai UMNO sebab hati kau orang dah terkunci menerima kebaikan?? aku tak tuduh aku bertanya sahaja..maka jawablah seikhlasnya.

Aku puji yang baik walau pun itu datang dari pihak kau orang..tapi kau orang tak terima kebaikan yang dibuat itu bagaimana?

Hakikat BN dah buat perubahan dan PR buat untuk perubahan BN?

SHAH ALAM - Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka kelmarin memberi gambaran keberkesanan undang-undang baru yang digubal dan dikuatkuasakan tahun lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah salah satu faktor #KL112 berjalan lancar.

Beliau berkata, undang-undang baru memberi syarat-syarat tertentu untuk dipatuhi dan pihak polis hanya menjalankan tugas mereka sebagai pemantau keselamatan dan lalu lintas.

"Jika sebelum ini sebarang perhimpunan yang ingin diadakan perlu mendapatkan permit polis. Kini, dalam Akta Perhimpunan Awam 2012, permit polis tidak diperlukan lagi.

"Walaupun begitu, syarat-syarat lain yang ditetapkan mesti dipatuhi tidak kira oleh pihak penganjur mahupun peserta," kata beliau kepada Sinar Harian.

Musa berkata, polis tidak akan mengambil tindakan sesuka hati sekiranya keadaan di tempat kejadian terkawal.

"Polis hanya menjalankan tugas mengawal keselamatan orang awam dan memastikan lalu linta berjalan lancar. Sekiranya tidak wujud sebarang provokasi daripada mana-mana pihak, polis tidak akan melakukan sebarang tindakan," katanya.

Sebelum ini, Musa mengingatkan pihak penganjur supaya tidak menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis tugas untuk mengawal keadaan ketika perhimpunan.

Katanya, hanya dengan mengikut syarat-syarat dan undang-undang di mana kedua-dua pihak, polis dan peserta bersikap baik, maka sebuah perhimpunan yang aman akan menjadi realiti.

Ini kali kedua perhimpunan parti politik yang diadakan di dalam stadium berjalan dengan lancar. Umno mengadakan perhimpunan ulang tahun penubuhan di Stadium Nasional Bukit Jalil Mei tahun lalu.-SINAR HARIAN-

No comments:

Post a Comment