KEMAMAN - Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman
pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di
sini, kelmarin.
sini, kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang
lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia
berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.
Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.
Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan
sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan
terikat.
Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan
mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman
untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi
mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke
rumahnya selepas mendapatkan rawatan.
"Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan
siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,"
katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak. - Bernama
No comments:
Post a Comment