CULIACAN (Mexico) – Seorang ratu cantik
di Mexico maut ketika melarikan diri daripada pertembungan antara
tentera dengan satu kumpulan pengedar dadah ketika dalam perjalanan di
utara negara itu, semalam.
Ketua Pendawaraya negeri Sinaloa, Marco
Antonio Higuera, berkata mayat mangsa, Maria Susana Flores Gamez ditemui
terbujur di tepi jalan raya sebuah perkampungan di pinggir gunung
dengan satu rifel di badannya.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Flores Gamez mengguna atau memiliki senjata api berkenaan.
“Dia bersama kumpulan penjenayah
berkenaan tepi kita tidak dapat mengesahkan sama ada dia terbabit dalam
pertempuran dengan anggota tentera berkenaan,” katanya.
Flores Gamez dinobatkan sebagai Wanita Sinaloa pada 2012 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Februari lalu.
Higuera berkata, Flores Gamez dikatakan
sedang dalam perjalanan dengan sebuah kenderaan sebelum bertembung
dengan tentera sebelum berlaku aksi kejar-mengejar dan tembak menembak
sehingga beberapa jam.
Beliau berkata, dua lagi anggota kumpulan berkenaan juta mati ditembak manakala empat yang lain ditangkap. – AP
No comments:
Post a Comment