PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah
di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan
seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.
Sinar Harian difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan
seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah
malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.
Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru
sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks
dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.
Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan
wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.
“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.
“Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat
pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada
waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam
bilik,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.
Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada
menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke
sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah
sebenar.
“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana
sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari
yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera
datang berikutan masalah disiplin anaknya.
“Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang
dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di
sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang
penjelasan dan surat pada malam terbabit,”
katanya.
katanya.
Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta
menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan waris
berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.
Katanya, apabila perjumpaan diadakan, pengetua sekolah memaklumkan
pelajar hanya mempunyai dua pilihan iaitu kekal di sekolah jenis sama
tetapi di tempat lain atau memilih ke sekolah harian biasa.
Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan pihak sekolah kerana tidak
memberi bukti anak saudaranya terbabit kes itu walaupun diminta waris
untuk berbuat demikian.
“Saya syak kes ini ada muslihat kerana pada 4 Oktober lalu, dua guru
sekolah terbabit datang ke rumah anak saudara saya di Kampung Guar
Kepayang dan meminta kebenaran waris membawa Wan keluar minum.
“Namun, kira-kira dua kilometer perjalanan dari rumah, guru tersebut
meminta Wan menyalin pengakuan dalam satu borang bersama tanda tangan
dan terus menghantarnya pulang,” katanya.
Menurutnya, anak saudaranya itu merupakan seorang pelajar pintar
kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
mencapai 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Saya bimbang pelajarannya terjejas kerana bakal menduduki Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, tetapi tidak bersekolah lebih
sebulan disebabkan kes ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment