"Di balai, memang saya memperingatkan anak buah, tidak perlu menahan warga Indonesia kalau mereka tidak terbabit melakukan jenayah. Jika mereka melanggar Akta Imigresen, contohnya, tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan sah, biarkan penguat kuasa Jabatan Imigresen mengambil tindakan. Bukan apa, apabila gadis warga asing ditahan dan dia didapati 'kosong', tinggal secara haram di negara kita, terdapat kebarangkalian dia akan menawarkan seks untuk membebaskan diri. Akhirnya ...," kata kenalan saya.
"Ya, faham," celah saya.
Lihat antara gambar dipaparkan oleh televisyen Indonesia dihantar kepada saya oleh rakan Facebook dan pembaca blog ini, Nakia Yusof.
Jumaat minggu lalu, 3 anggota polis di Pulau Pinang didakwa merogol
pembantu kedai, gadis warga Indonesia, 25 tahun, Wanfaidah, dari Batang,
Jawa Tengah, secara bergilir-gilir di BALAI POLIS tempat mereka
bertugas.
Suspek kemudian telah ditahan dan direman bermula 10 November lalu, klik di sini.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, 95% kertas
siasatan telah lengkap dan mereka sedang menunggu Timbalan Pendakwa Raya
untuk menuduh suspek terbabit di mahkamah.
Klik di sini untuk membaca berita lengkap.
Membaca kenyataan media dikeluarkan oleh pihak polis, berkebarangkalian
besar, kejadian rogol itu berlaku namun selagi 3 anggota polis itu
berstatus 'suspek', mereka belum lagi didapati bersalah oleh mahkamah.
JIKA Sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pesalah boleh
dipenjara di antara 5 dan 30 tahun serta disebat. Dilaporkan, semua
suspek kini ditahan kerja untuk tujuan siasatan dan tindakan itu, prosedur lazim di kalangan pegawai dan anggota polis.
Perlu juga saya catatkan di sini, setiap suspek berhak untuk membela diri menggunakan khidmat peguam jika mereka tidak mengaku bersalah.
Perlu juga saya catatkan di sini, setiap suspek berhak untuk membela diri menggunakan khidmat peguam jika mereka tidak mengaku bersalah.
Berikutan kes terbabit, sekumpulan penunjuk perasaan di Jakarta, mendesak kerajaan mereka mengusir Duta Besar Malaysia di Indonesia dalam tempoh 48 jam.
Jalur Gemilang turut dibakar dalam kejadian sama, klik di sini.
Dilaporkan oleh akhbar KOMPAS. com, surat bantahan terhadap kejadian itu telah dihantar oleh Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar kepada kerajaan Malaysia, klik di sini.
Sebelum menulis entri ini, terlintas beberapa soalan di fikiran saya ...
ANDAI kejadian itu benar berlaku, seronok benarkah merogol di dalam
balai polis? Di manakah lokasi tepat kejadian rogol bergilir-gilir itu
berlaku? Siapakah antara pegawai sepatutnya berada di balai itu? Adakah
suspek meninggalkan kesan air mani? Tidakkah mangsa melawan atau
menjerit ketika dirogol? Apakah mangsa tinggal secara sah di negara
ini? Mungkinkah ada cerita lain di sebalik kes dilaporkan oleh media
ini?
Sudah tiadakah lagi pelacur dan gadis pelayan pelanggan, GRO warga asing di Pulau Pinang untuk melampiaskan nafsu?
Sudah tiadakah lagi pelacur dan gadis pelayan pelanggan, GRO warga asing di Pulau Pinang untuk melampiaskan nafsu?
September 2010, ketika bertugas untuk program 999, saya menyertai
serbuan di pusat hiburan dikenali sebagai 'bar korek' bersama penguat
kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
24 GRO warga asing, majoriti dari Vietnam diberkas.
Klik di sini untuk membaca laporan saya.
Sehari kemudian, pasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan
Perjudian Bukit Aman menyerbu premis SAMA dan menahan 27 lagi GRO warga
asing, klik di sini.
Daripada merogol, kenapa tidak melanggan GRO terbabit dengan harga servis, kira-kira RM100 sahaja?
Apapun, kejadian terbabit tidak sesekali menjejaskan kredibiliti semua
pegawai dan anggota polis di Malaysia. Majoriti mereka masih
melaksanakan tugas dipikul secara berwibawa biarpun dengan imbuhan
tidak seberapa. Tanpa pihak berkuasa terbabit, negara tidak aman dan
sekaligus kita semua tidak tenang untuk tidur nyenyak di waktu malam.
Klik di sini dan di sini untuk membaca catatan akhbar Indonesia berhubung polis negara kita.
Klik di sini dan di sini untuk membaca catatan akhbar Indonesia berhubung polis negara kita.
Perilaku rakyat Indonesia kini berada di Malaysia?
Tidak semua mereka berhijrah dan mencari rezeki di bumi bertuah ini,
baik budi pekerti. Sebilangan mereka jelas banjingan goblok!
Jika mereka terbabit dalam kes jenayah berat dan perlu dibunuh, bunuh.
Mengapakah perlu mereka dibiarkan mengganas sekaligus menggugat
keselamatan rakyat Malaysia? Mereka pendatang, bukan kita.
Sebilangan warga Indonesia bermastautin di Malaysia, ternyata berulang
kali terbabit melakukan kes jenayah, antaranya, merompak, menyamun,
membunuh dan memperdagangkan orang.
Dalam kes ini, ibu ayam memperdagangkan 2 wanita Indonesia, saya dan kru 999 selamatkan di Tawau, Sabah, rakyat Indonesia sendiri.
Apa kata jika kita pula mendesak warga Indonesia tinggal di Malaysia secara haram pulang ke negara asal? Hapuskan semua penempatan dan lokasi mereka membina koloni! Robohkan semua gerai milik mereka, tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan! Halau semua peniaga Indonesia di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur, memiliki dokumen diragui! Usir semua GRO berasal dari Indonesia kini menjual tubuh di pusat hiburan!
Jabatan Imigresen, bagaimana?
Rakyat Malaysia juga berhak untuk bersuara di dalam negara mengamalkan demokrasi berparlimen ini.
Kepada pegawai dan anggota polis berkahwin dengan wanita Indonsia, jaga isteri baik-baik.
SUMBER
No comments:
Post a Comment