ANIMSI

home

Followers


Thursday, 29 November 2012

PANAS! Ketua Penerangan UMNO DI SERANG BLOGGER PEMBANGKANG!!

Ternyata apa yang dikatakan oleh sahabat saya Ketua Penenrangan Pemuda Umno Malaysia Dato Seri  Reezal Merican Naina Merican pada PERNYATAAN USUL ‘MENYOKONG UCAPAN DASAR KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA’ DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 2012 telah memberi kesan yang sangat mendalam buat pembangkang sehingga sanggup menyerang peribadi Dato Seri Merican dengan menyebarkan gambar dibawah sebagai satu usaha jahat mereka untuk menjatuhkan sinar kepimpinan beliau. Ikuti ucapan Ketua Penenrangan Pemuda Umno Malaysia di bawah:

Oleh: Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican
Menginsafi – bahawa kita bakal menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang berikutnya dalam masa yang terdekat. Mengakui bahawa PRU akan datang bukan sahaja menentukan survival dan kedudukan UMNO sebagai parti tunjang kepada Barisan Nasional (BN) dan negara secara keseluruhannya; malahan ianya bakal menentu darjat ketinggian agama Islam dan bangsa Melayu. Khusus untuk menentukan perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Negara tidak dipinda dan diinjak kerana kepentingan politik. Yakin, bahawa perjuangan UMNO masih penting sekaligus relevan dalam menentukan masa hadapan Malaysia.

Menyedari – bahawa kita berhadapan dengan kelompok pemain politik yang rela menggadai apa sahaja yang ada demi matlamat mendapatkan kuasa. Dengan rela dan penuh sedar, pendekatan politik populis, anti-perpaduan, mendokong semangat liberalisme dan pluralisme ini akan merosakkan fabrik asas masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Nyata, pemikiran yang menjurus pada kebebasan dan keterbukaan masyarakat dalam menerima apa sahaja fahaman tanpa had dan batasan yang dikenali sebagai pemikiran liberalisme mampu menyimpang umat dari landasan yang sebenar, sekaligus menyebabkan umat Islam terpengaruh.

Menginsafi – masa hadapan orang Melayu dan Bumiputera akan banyak bergantung kepada prestasi UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang. Sesungguhnya, tidak wajar untuk rakyat mempertaruh nasib agama, bangsa dan negara, hanya kerana permainan politik persepsi yang tidak jujur dan berniat jahat.

Meyakini – bahawa hanya melalui transformasi dan perubahan dalaman dari segi sikap, tindak-tanduk, pemikiran dan gerak-kerja sahajalah dapat menyakinkan kembali seluruh umat Melayu bahawa hanya UMNO lah parti di Malaysia ini yang benar-benar memperjuangkan hak dan nasib bangsa Melayu.
Dengan penuh takzim dan getar keinsafan diri yang tinggi – Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada hari ini, dengan penuh iltizam ingin membuat ketetapan yang berikut:-

1)        Memberikan IKRAR dan SUMPAH SETIA kepada pemimpin utama parti – bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seluruhnya akan kekal komited, beriltizam tinggi, penuh iltizam dan kesungguhan meneruskan perjuangan memberikan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya yang akan datang ini.
2)        Pemuda UMNO dengan penuh iltizam, akan berhadapan dengan segala macam isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam pilihanraya akan datang. Segala fokus, tumpuan dan gerakan strategik – akan kami laksanakan dalam membebaskan pemikiran rakyat, khususnya generasi muda daripada ideologi politik pluralisme dan liberalisme yang merosakkan asas masyarakat kita di Malaysia;
3)        Bertekad, mempertahankan semangat Perlembagaan dalam  kerangka politik Malaysia dalam apa sahaja keadaan. Cubaan dan acahan untuk merangka semula perlembagaan sebagai kaedah populis dan jalan singkat mendapatkan undi dan perhatian rakyat – adalah pendekatan yang tidak bertanggungjawab;
4)        Terus komited memenangi hati dan minda pengundi muda untuk meyakini polisi dan dasar yang ditunjangi UMNO dalam kerajaan. Menyambut baik usaha berterusan kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan generasi muda – pendidikan, latihan, peluang ekonomi dan pekerjaan, pembangunan sukan, peneguhan elemen keusahawanan dan sebagainya. Memperteguh keyakinan rakyat melalui produk-produk 1Malaysia dan segala janji yang termeterai di dalam Bajet 2013 dan manifesto Barisan Nasional menjelang pilihanraya nanti.
5)        Membudaya nilai politik baru, bersesuaian dengan ‘tasawwur’ dan worldview yang serasi dengan suasana, masa, keadaan dan zaman. Bertekad menjadi sebuah gerakan politik yang efektif dalam memperluas lantai sokongan generasi muda terhadap UMNO. Memperbanyak aktiviti, program dan inisiatif mendekati pengundi muda di segenap peringkat.
6)        Terus efektif memperjuangkan isu, masalah dan kehendak generasi muda, baik di dalam kerangka UMNO, mahupun Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya. Bersikap inklusif di dalam merencana strategi politik bersama rakan-rakan komponen BN menjelang PRU yang akan datang nanti.
Pernyataan usul inilah yang bakal menerasi perjuangan Pemuda UMNO dalam menempuh pilihanraya yang akan datang ini. Kami yakin dan percaya, kepimpinan YAB Presiden, YAB Timbalan Presiden, barisan Naib-Naib Presiden – terutamanya YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia; mampu menzahirkan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional, insya’Allah.


oleh kerana ucapan ini sangat mengugat pembangkang ternyata mereka cuba menyebarkan gambar dibawah sebagai usaha menyerang balas.
ucapan dibawah dijadikan bahan sindiran mereka:

"Allah pilih UMNO untuk diberi kuasa dan amanah"- Dato Seri Reezal Merican Naina Merican- Ketua penerangan pemuda Umno- PAU 2012,- @PWTC- 29 Nov 2012.sumber addin
sumber


pssssssst: 2,3 hari lepas diorang serang Sultan Hari ni serang Ketua Penenrangan pulak..

2 comments:

  1. Spesis Mamakrican ni bukan boleh percaya.....contohnya Kadiaq Sheikh Fadzil.....

    ReplyDelete