ANIMSI

home

Followers

Wednesday, 10 October 2012

PANAS!! NASHA TAK SEBUT NAMA PARTI PUN YANG TERASA PEDAS PEMIMPIN PAS APA? ISMAIL MINA


 

KUALA LUMPUR 10 Okt - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak mengait mana-mana parti atau individu ketika beliau membidas pemimpin-pemimpin Islam yang sanggup mengetepikan kepentingan agama demi kuasa.
Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Nasharudin ada menyebut nama Pas ketika menyampaikan kertas kerja dalam Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
"Kenyataan Nasharudin mengenai pemimpin-pemimpin Islam adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada siapa-siapa. Hanya mereka yang makan cili akan terasa pedasnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Dakwah Islamiah Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia di seminar berkenaan, Nasharudin membidas golongan yang lebih mementingkan maslahah dan strategi daripada melaksanakan prinsip-prinsip asas dalam Islam semata-mata disebabkan percaturan politik.
Utusan

No comments:

Post a Comment