Setelah
dicop “Minah Propa”, muncul pula foto-foto lama yang digembar-gemburkan
untuk menjatuhkan nama baik selebriti jelita ini.
Kemesraan yang terpancar melalui
foto-foto bersama teman lelakinya yang bercuti di pusat peranginan
diperbesarkan walhal ianya gambar lama semasa diusia muda. Namun, apa
pun yang pasti Emma Maembong ada jawapannya tersendiri.
Menerusi temubual bersama Emma
Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 20, dia
menegaskan bahawa beberapa foto tersebut merupakan percutian
bersama-sama keluarga, rakan-rakan yang juga disertai teman lelakinya.
“Zaman remaja pasti akan ada “culture shock”, jadi saya sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda nak cuba. Waktu itu saya berumur 16 tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan keluarga turut serta dalam percutian tersebut. Kawan-kawan pakai seluar pendek, saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh berfikir yang mana buruk dan yang mana baik.”
Selebriti yang sudah berpunya ini dihangatkan dengan kontroversi gambar seksi dimana Emma berpakaian seluar pendek denim bersama baju tali seksi sehingga menampakkan perutnya disamping teman lelakinya. Beliau turut menyatakan hanya terdapat 4 foto percutian bersama teman lelaki dan yang selebihnya diedit untuk tampak lebih banyak.
Emma
turut menambah, “Foto-foto itu merupakan barangan peribadi, hanya
beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya tidak tahu sama
ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang yang
dengki dengan saya.”
Tambah Emma lagi, “Masing-masing
ada sejarah sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma
budak-budak lagi apa yang penting kehidupan baru yang sekarang,
kehidupan Emma bukan macam dulu lagi”
Menurut Emma, sekeping foto yang
tersebar daripada beberapa foto yang dilayangkan di Internet merupakan
gambar adik lelakinya yang berkaca mata dengan baju rona merah senada
seperti yang di atas.
Kata Emma lagi, kini dia semakin
gemar mengumpul baju berlengan panjang untuk menyerlahkan identitinya
yang sopan dimana dia turut menyuarakan hasrat untuk bertudung tidak
lama lagi.
Oh Bulan
No comments:
Post a Comment