KUALA LUMPUR – Pelakon wanita, Nabila Huda Suhaimi atau Abil
meluahkan rasa di laman Twitternya supaya pihak tertentu mencari
kontroversi yang sebenar dan bukanlah mencari cerita artis yang tidak
benar.
Abil mengeluarkan kenyataan itu selepas sebuah blog gosip hiburan
tempatan, Rotikaya.com mendedahkan pelakon itu menghadiri sebuah parti
Halloween dan berperangai tidak senonoh di khalayak ramai, Ahad lalu.
Gambar-gambar yang didedahkan itu yang diambil dari profil Instagramnya menunjukkan perilaku Abil ketika menghadiri ‘parti’ itu.
Namun, Abil menafikan dia menghadiri parti Halloween.
Sebaliknya menerima jemputan sambutan hari jadi kawannya yang bertemakan ‘Costume Night’.
Abil turut menjelaskan, tarikh sambutan hari jadi yang dihardirinya itu adalah berbeza dengan parti Halloween.
“Tapi controversi yang sicari tu, biarlah yang benar bukan
dengan dari kawan.Cuba jadi rajin,pegi cari,tanya,amik gambar guna
camera sendiri.
“@AkhmaAnwar hi..sambutan halloween tarikh dia adalah 31oct.birthday kwn sy 28hb bertemakan costume night.nampak tak perbezaan tarikh tu,” tulis Abil.
Selain itu, Abil juga membalas Tweetnya dengan Emelda Rosmila yang turut ada ketika majlis hari jadi itu.
Abil sempat menempelak blog gosip tersebut berikutan tidak meminta
izin kepadanya untuk mendapatkan maklumat atau mengambil gambarnya.
“Nak jadi bloggers,biar professional.Jangan majan gaji
buta.Kalau nak controversi, pegi cari.Nak gambar, amik sendiri.Jangan
mencuri..” tulis Abil lagi.
Jadi, sekarang ini segala kontroversi yang melanda Abil selepas
kontroversi dia memakai gaun seksi pada malam Anugerah Blockbuster sudah
pun terjawab.
Abil sendiri menjawab semuanya di laman Twitternya.
No comments:
Post a Comment