ANIMSI

home

Followers


Friday, 14 September 2012

PANAS! BERITA BUAT PM! UMNO JERANTUT KECOH, PM PERLU SEGERA SELESAI ISU UMNO JERANTUT!!


Dari Kiri Dato Wan Amizan Adun Tahan dan Dato' Dr Sukri Adun Pulau Tawar
  
 PPJ ingin menegur berkenaan isu yang berlaku kepada umno Jerantut ketika ini. PPJ berharap agar Dato' Sri Najib Tun Razak dapat menyelesaikan terhadap peperangan besar yang terjadi terhadap umno Jerantut ketika ini.

     PPJ sempat membaca beberapa blog di Jerantut yang mengulas isu ini. Apa yang merisaukan, seperti yang sedia maklum pru 13 boleh di jalankan pada bila-bila masa tetapi apa yang terjadi terhadap umno Jerantut sekarang ini perlu di pandang serius oleh MB Pahang dan PM Dato Sri Najib.

       Isu membabitkan salahlaku beberapa orang pemimpin umno Jerantut ini semakin hangat di perkatakan oleh rakyat Jerantut ketika ini. Baru-baru ni timbul kes pemimpin kanan yang dikaitkan dengan kes sumbang mahram kini timbul pula perbalahan sesama sendiri dikalangan pemimpin umno Jerantut.

       Ketika ini orang umno Jerantut sedang berperang sesama ini. 
Kami sangat khuatiri ini akan menjejaskan nasib BN di Jerantut Rakyat sendiri pun terkeliru dengan isu yang terjadi ini. Jika benar seperti yang didakwa bagaimana umno mahu mendapat sokongan rakayat. Orang dibawah juga yang penat bekerja keras demi umno bagaimana pula dengan pemimpin tersebut.

berita diblog klik sini
klik sini wzwh 

klik sini borokpolitikweh 

kilk sini 44sikulipat

klik sini suaraapi 

'Orang UMNO' jual tanah, dakwa Pemuda Umno

BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli  Umno sendiri.
 
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan daripada segala unsur rasuah.
Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.
 
"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.
“Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya  kes ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut  bertukar milik kepada pihak lain.
Katanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.
“Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi ‘projek silang’ dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.
“Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang.
 
Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan berkata, laporan yang akan dikemukakan Pemuda Umno kepada SPRM itu adalah untuk membersihkan imej Umno yang dilihat tercalar oleh perbuatan segelintir ahlinya.
"Perbuatan mereka menyebabkan parti pembangkang mengambil kesempatan, memperlekeh Umno dan memberi impak pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Siasatan perlu dibuat dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus. Ini penting bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah,” katanya.
 
 
pssssssssst: Keadaan semakin tenat..PM perlu turun menyelesaikan isu ini!

No comments:

Post a Comment