READING: Seorang guru wanita berdepan dengan hukuman penjara semalam selepas mengaku mengadakan seks dengan tiga pelajar lelaki.
Emma Webb, ibu dua anak, menangis ketika mengaku bersalah terhadap 16 tuduhan membabitkan pelajar berusia 15 dan 17 tahun.
Mahkamah sebelum ini diberitahu, guru berusia 41 tahun itu tidur bersama dengan seorang pelajar hingga 12 kali dan melakukan seks dengannya dan seorang lagi pelajar.
Mahkamah juga diberitahu, Emma yang mempunyai suami, mencium dan memeluk pelajar ketiga serta menghantar imej lucah yang dirakamnya ketika melakukan perbuatan memberahikan pada dirinya sendiri kepada pelajar lain.

Guru itu ditangkap pada Jun lalu selepas seorang pelajar mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.
Nama pelajar dan sekolah terbabit tidak boleh disiarkan kerana alasan undang-undang.
Hukuman terhadap Emma yang berasal dari Woodley, Berkshire akan dijatuhkan bulan depan.
Hakim, John Reddihough memberitahunya di Mahkamah reading: “Hanya kerana kamu mengaku bersalah terhadap tuduhan itu tidak bermakna kami tidak akan dikenakan hukuman.” - DM
* Sumber
No comments:
Post a Comment