ANIMSI

home

Followers


Tuesday 14 August 2012

PAS GONCANG LAGI!! NASARUDDIN MAT ISA UMUM MASUK UMNO TINGGAL PAS BALIK DARI UMRAH!!


Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.
Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Ternyata gambar ini walaupun ‘simple’ tetapi ternyata ia mengandungi sejuta makna yang tersirat.

Mungkin adalah terlalu awal untuk mengaitkannya dengan ‘penghijrahan’ Nasaruddin ke dalam UMNO kerana yang pasti beliau masih seorang ahli Pas.
Tetapi berdasarkan ‘gerak tubuh’ Nasaruddin sebelum ini, adalah tidak mustahil beliau akan menyertai UMNO seperti mana khabar angin yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.

Nasaruddin sebelum ini memang dilihat sebagai tokoh Pas yang ‘pro-UMNO’ apatah lagi bila cuba membawa idea ‘perpaduan’ dengan parti berkenaan.
Namun, awal-awal lagi beliau telah ‘dibunuh’ oleh pemimpin Pas lain yang tidak senang dengan pembawakannya, hasilnya beliau gagal dalam pertandingan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke -57 tahun lalu.
Mungkinkah di saat kita dikejutkan dengan tindakan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah meninggalkan parti itu, kita akan dikejutkan pula dengan tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menyertai BN?

Apatah lagi menurut sumber, Nasaruddin akan mengumumkan secara rasmi penyertaannya ke dalam UMNO sebaik saja pulang dari tanah suci nanti!

Kalau betul, tak banyak sikit pun ia PASTI akan mewarnakan lanskap politik tanah air.
Sementara itu, menurut laporan Bernama,  tokoh-tokoh ulama berkenaan menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.

Najib memberitahu wartawan Malaysia di sini, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.
Katanya para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

“Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya,” kata beliau.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.

pssssssst: Ramai ahli pas begang dengan perjuangan pas sekarang..

1 comment:

  1. alhamdulillah, syukrun ..... insyaALLAH akan lebih ramai akan mengikut jejak Ust Nasha.ALLAH yg MAHA berkuasa dalam semua HAL. JANGAN bimbang BERDOA LAH di MALAM MALAM TERAKHIR INI. TAMBAHAN PULA UST BERADA DI TEMPAT SUCI MAKKAH AL MAKARAMAH DI KAABAH, TEMPAT YANG AFDAL UNTUK BERDOA. INSYAALLAH DOA UST + DATO NAJIB AKAN DI KABULKAN. AMIN ..... YANG BAIK DAN TERBAIK DARI ALLAH JUA

    ReplyDelete