Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang turut
dipanggil menjadi saksi memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa temu
bual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan badan penyiaran British, BBC,
mengenai undang-undang berkaitan homoseksual yang disiarkan pada 12 Jan
lepas, membawa maksud supaya menyokong kegiatan itu.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam N.Surendran yang mewakili Anwar,
Hassan berkata maksud sokongan itu perlu dibaca secara keseluruhan dan
bukannya memilih ayat-ayat tertentu.
Surendran: Anwar telah mengatakan “We Muslims and non-Muslims in
Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of
marriage between men and women”. Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual?
Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima.
Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju ‘archaic law’ adalah undang-undang lapuk?
Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam.
Surendran: Berdasarkan kenyataan “We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women” adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan?
Hasan: Ya setuju.
Surendran: Dalam ayat ketiga “We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain”. Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual?
Hasan: Ya
Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu?
Hasan: Ya
Hasan: Ya
Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan.
Hasan: Saya tak setuju
Hasan juga turut disoal balas oleh seorang lagi peguam Anwar,
Latheefa Koya berkenaan dengan aktiviti homoseksual di tempat
persendirian bukan merupakan satu jenayah jika dibandingkan dengan di
khalayak umum.
Hassan menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah
tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan.
Latheefa:Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah.
Hasan: Saya tak pasti.
Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan
dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan
di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah.
Adakah anda setuju?
Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu
tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan.
Hasan, saksi defendan pertama, berkata demikian pada perbicaraan kes
saman Anwar terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya
Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen Anwar bersama
BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.
Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut
ganti rugi RM50 juta, atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di
muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17
Januari tahun ini berhubung temu bualnya bersama BBC.
Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad
Jamaluddin yang mewakili Utusan Malaysia, bahawa perkataan ‘review
archaic laws’, ‘punitive’, ‘punishment not relevant’ dan ‘public spehere
and domain’ membawa maksud kegiatan homoseksual boleh dihalalkan, Hasan
berkata pada bacaannya ia bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual.
Perbicaraan bersambung 23 Oktober ini.
No comments:
Post a Comment