Pelakon baru Neelofa telah mengorak langkah memperluaskan bidang seni
tanah air setelah mengambil keputusan untuk mencuba nasib dalam bidang
nyanyian. Namun keputusan Pelakon Utama Filem Azura 2012 itu disifatkan
beberapa pihak sebagai tamak dan gelojoh kerana masih tidak mampu
mempamerkan tahap lakonan terbaik dalam bidang lakonan.
Gara-gara tuduhan yang kian tersebar dari kalangan penggiat dunia seni,
lantas Neelofa memilih untuk menjawab usaha jahat beberapa pihak
berkenaan.
Gadis muda kelahiran Kelantan itu menjelaskan keputusannya menceburi
bidang nyanyian setelah mendapat tawaran dari Tune Music yang melihat
dirinya berpotensi dalam mengukuhkan kekuatannya dalam bidang seni.
“Dalam usaha saya meningkatkan kemahiran dalam lakonan dan pengacaraan,
muncul pula tawaran nyanyian daripada Tune Music yang rugi jika
dilepaskan. Perancangan untuk bergelar penyanyi bukan atas dasar tamak
tetapi adalah peluang untuk meluaskan jaringan hubungan dan mencari di
mana kekuatan sebenar saya dalam bidang seni,” katanya kepada beberapa
wartawan media baru-baru ini.
Malah Neelofa mengakui telah mengambil tempoh masa yang agak lama untuk
menerima tawaran tersebut dan keputusan ini juga dibuat setelah meminta
pandangan beberapa pihak yang rapat dengan beliau.
“Orang di luar perlu faham saya menerima peluang ini bukan kerana soal
nyanyian semata-mata. Tune Music adalah syarikat di bawah AirAsia yang
memiliki jaringan perniagaan yang luas di rantau Asia. Saya melihat
kerjasama ini sebagai peluang untuk mengembangkan nama dan profil di
rantau ini,” katanya yang masih belum dimaklumkan mengenai butiran
konsep muzik yang bakal dipertaruhkan nanti," jelasnya lagi.
Neelofa yang juga sedang sibuk menghabiskan penggambaran siri drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima di TV3 ini bakal bernaung di bawah Tune Music bersama Maya Karin dan Aizat Amdan.
No comments:
Post a Comment