Entah kenapa Abby Abadi makin disebut-sebut semenjak kebelakangan ini.
Perubahan yang ditunjukkan oleh Abby disambut dengan positif oleh rata-rata peminat.
Lantaran itu, ada pula peminat yang mula rasa kecewa dengan penglibatan Abby yang begitu ‘taksub’ dalam bidang politik.
Itu menjadi hak Abby untuk menyertai mana-mana parti politik.
Namun, apabila dia mula mempertikai dan mempersoal golongan wanita yang tidak bertudung, timbul pula persoalan yang mempersoalkan tindakan Abby yang mencukur keningnya.
Mungkin ada yang melatah dengan soalan Abby itu, ataupun mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Abby yang mencukur keningnya.
Ada yang beranggapan Abby sepatutnya bersihkan imej dia sepenuhnya sebelum berceramah dan mempersoalkan orang lain.
Persoalannya, benarkah Abby mencukur bulu keningnya seperti yang didakwa?
Apa pun mari kita lihat isu ini dalam perspektif agama kita.
Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.”
Selain itu, terdapat juga fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkenaan isu ini:
“Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,
“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Pada masa yang sama, ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahawa perempuan dibenarkan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan hujung matanya, apabila dengan izin suami, kerana hal tersebut termasuk berhias.
Secara kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.
Justeru, sebagai wanita Muslimah, serta mereka yang ingin berubah dan mendekatkan diri dengan Allah SWT, haruslah tidak terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri.
Semoga bulan Ramadhan yang penuh barakah ini mampu membantu kita dalam mempertingkatkan serta diperkuatkan diri untuk beribadah kepada Allah SWT.
SUMBER
No comments:
Post a Comment