ANIMSI

home

Followers


Sunday 29 July 2012

BERITA YANG TIDAK AKAN DISIARKAN OLEH AKHBAR PEMBANGKANG! PEMBACA HARAKAH BACA SINI!!


Dalam satu kajian terbaru Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya melonjakkan populariti beliau berbanding pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76 peratus berbanding dua pemimpin utama pembangkang itu.
Sebenarnya bukan hanya kajian oleh UKM, banyak lagi kajian NGO dan badan akademik sebelum ini menunjukkan keputusan yang hampir serupa.
Apa ‘rahsia’ Najib agak-agaknya?
Untuk mendapatkan jawapan itu, tak perlulah kita tanya mereka yang kuat membodek beliau kerana jawapannya mungkin akan menjadi ‘klise’ untuk kita.
Namun laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Burson-Marsteller yang dipanggil Twiplomacy mungkin memberi jawapan ‘terbaik’ kepada persoalan tersebut.
Burson- Marsteller baru-baru ini telah menerbitkan laporan berkenaan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas para pemimpin dunia yang menggunakan Twitter.
Seperti yang dijangka, Presiden Barrack Obama adalah pemimpin dunia paling popular, namun, Najib juga rupa-rupanya tergolong dalam kelompok yang sama!
Berikut adalah antara butiran dalam laporan berkenaan mengenai Najib.
Kajian Burson-Marsteller mendapati, Perdana Menteri kini mempunyai lebih 750,000 pengikut di Twitter dan jumlahnya semakin bertambah dengan pantas.
Najib mula menulis di Twitter pada 23 Sept, 2008 dan setakat hari ini, beliau mempunyai 767,679 pengikut di Twitter dan menulis 2,675 tweets dan 81 ‘following’. Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin  popular di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat global.
Menurut laporan itu, Najib juga mengikuti perkembangan beberapa pemimpin antarabangsa dan serantau dan dihubungkan dengan @bluehousekorea, @karimmassimov_e dan @number10gov. Laporan itu juga menyatakan Najib ialah antara pemimpin yang cepat memanfaatkan kemudahan Twitter.
“Perdana Menteri Malaysia Najib Razak aktif berhubung dengan audien beliau.
Beliau tweets secara peribadi dan mendekati setengah juta pengikutnya dengan kuiz dan sweepstakes.
“Sebanyak 17 peratus daripada tweets beliau ialah perbualan dan termasuk jawapan,” menurut laporan itu yang boleh dilayari di twiplomacy.com.
Mei lepas, beliau menganjurkan majlis sarapan pagi dengan pengikutnya yang ke-500,000 dan tiga pengikut Twitter yang lain.
Twiplomacy melaporkan yang beliau mengabadikan majlis itu dengan memuat naikgambar tetamunya menerusi Twitpic dan video YouTube.
Najib memanfaatkan teknologi untuk mendekati secara peribadi sepertimenjawab soalan di Facebook dan Twitter beliau, baik secara langsung atau sesisoal jawab yang dirancang terlebih dahulu seperti #TanyaNajib dan 1MalaysiaRoundtables.
Beliau juga menganjurkan majlis dengan rakan online di seluruh negara, yangbermula dengan majlis minum petang di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana dankemudiannya diperluaskan kepada majlis pertemuan.
Daripada segi politik dan kerajaan, Perdana Menteri menggunakan media sosial untuk bertanyakan kepada rakyat Malaysia bagi mendapatkan sebarang cadangan dan idea untuk Belanjawan 2013 serta input bagi Akta Harmoni Nasional, yang akan menggantikan Akta Hasutan yang digubal pada zaman penjajah.
Ini disusuli pengumuman oleh kerajaan pada awal Julai bahawa semua jabatandan agensi kini perlu mendapatkan pandangan orang ramai sebelum mencadangkan draf pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau memperkenalkan Rang Undang-Undang baharu.
Platform online MyIdeas diperkenalkan kepada rakyat untuk mengemukakan ideamereka dengan yang terbaik dipilih menjadi dasar-dasar kerajaan

No comments:

Post a Comment