ANIMSI

home

Followers


Wednesday 27 June 2012

PANAS!! RAFIZI KANTOI PANCUT DALAM!!


Dalam menjawab isu Akaun Berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengawal 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion, dua pegawai PKR dilihat saling bercanggah pendapat dalam menangani isu tersebut.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli memilih pendekatan ‘menyerang’ kredibeliti Abdul Murad dan membuat kesimpulan yang tidak logik bahawa akaun RM3 billion itu adalah milik Abdul Murad sendiri.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memilih pendekatan ‘berpihak kepada Abdul Murad’ dengan mendakwa Abdul Murad pro Anwar tetapi diugut oleh pihak lain.

Dalam sidang media yang dihadiri kedua orang kanan Anwar itu hari ini, Rafizi mendakwa Abdul Khalid seorang yang korup apabila menggunakan kedudukan beliau sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia untuk mengumpul kekayaan.

“Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.

“Ini menimbulkan tanda tanya sama ada Abdul Murad terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta. Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Abdul Khalid mengenai kewujudan akaun induk yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri,” katanya seperti dilapor Mstar
Rafizi terus menyerang Abdul Khalid dengan mendakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat tertentu.

“Sebaliknya, daripada penyiasatan saya, mengenai latar belakang Datuk Murad Khalid mendapati, beliau bukan sahaja pernah menerima habuan ketika menjawat jawatan pegawai tinggi Bank Negara melalui pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan melalui pihak ketiga sebanyak RM30,000, bahkan turut menerima manfaat dan kepentingan daripada 15 unit kondominium di Pelangi Indah melalui syarikat Kenworth Snd Bhd.” 

Rafizi turut berkata, penyiasatannya itu turut mendapati insurans kediaman Abdul Murad itu turut dibayar oleh orang ketiga dengan nilai RM3.1 juta.
“Kedua-dua ini adalah melanggar etika dan peraturan Bank Negara,” tegas Rafizi yang dilaporkan Malaysian Insider
Rafizi juga menuntut Abdul Murad untuk menghentikan dakwaan-dakwaan itu dan segera menuntut maaf kepada Anwar sebelum PKR mengambil tindakan drastik dengan membongkar segala salah laku yang pernah dilakukannya.
“Saya minta Abdul Murad membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada Ketua Umum PKR. Sudah cukuplah, sudah 13 tahun.

“Jika tidak, kami tidak teragak-agak untuk menolak pertimbangan aib beliau, dan mendedahkan segala salah laku beliau,” tegasnya.
Namun bebeza pula dengan nada Saifuddin yang menegaskan ‘Abdul Murad bukanlah menjadi sasaran PKR’, dan mendakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia pernah memohon maaf kepada Anwar di Munich pada tahun 2004.

“Apabila beliau tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada di Alpha Clinic, pada hujung 2004, beliau terbang dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman untuk memohon maaf bahawa keluarganya diugut untuk menandatangani akuan bersumpah,” dakwa Saifuddin seperti dilaporkan Malaysiakini.
Kenyataan Saifuddin di atas dilihat sebagai anti-klimak kepada desakan memohon maaf yang dianjurkan Rafizi.

Barangkali menurut percaturan Saifuddin, jika terus menerus dibiarkan Rafizi menyerang peribadi Abdul Murad bermakna dakwaannya sebelum ini bahawa Abdul Murad diugut dan masih berpihak kepada Anwar akan terpadam dengan sendiri.

3 comments:

  1. berebut2 nak jadi balaci anwar... budus!

    ReplyDelete
  2. Woiii!!! Bahalol....hangpa tak perasan ka yang cina dok gelak kat hang pa!!! Chehhh!!!!

    ReplyDelete
  3. salam bro, blog hebat bro dah dipautkan ke aloqlaloq.blogspot.com. tk.

    ReplyDelete