ANIMSI

home

Followers


Tuesday 26 June 2012

RAFIZI TERPERANGKAP!! BAKAL DI HUKUM!!



Rafizi Ramli masih belum belajar dari kesilapan membuat tuduhan dan fitnah yang berterusan terhadap DS Najib.Masih belum serik lagi Lembu PKR ini yang telah memfitnah Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767,kononnya dibiayai dengan dana rakyat.Satu lagi fitnah terdesak mula dibangkitkan Rafizi Ramli kononnya DS Najib campurtangan dalam urusan penganugerahan tender mengenai Projek Penambahbaikan LRT Ampang.


Melalui laman blognya,Rafizi a.k.a. Lembu PKR menuduh dan memfitnah DS Najib sendiri campur tangan dalam memastikan memastikan kontrak bernilai RM960 juta tersebut dianugerahkan kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH (GEORGE KENT).Business Times turut memaparkan artikel penganugerahan projek tersebut kepada GEORGE KENT.

Lembu PKR ini turut mendakwa sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek ini berdasarkan kepada surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

(Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)


Memang benar,jika diikutkan kepada surat tersebut, sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek tersebut dengan nilai tender sebanyak RM 1,119,970,599 (Ringgit Malaysia Satu Bilion .... )Namun dimanakah dakwaan Rafizi Ramli bahawa DS Najib terlibat dan campurtangan menganugerahkan projek ini kepada syarikat lain, GEORGE KENT?

Surat di atas hanyalah cadangan dan kelulusan Lembaga Pengarah menganugerahkan projek tersebut kepada Konsortium PDA ... belum dimuktamadkan lagi Konsortium PDA sebagai kontraktor bagi kerja Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

Mana surat perlantikan yang disahkan? Jangan jadi bodoh Rafizi Ramli.

MENGAPA GEORGE KENT TERPILIH?

Permainan persepsi politik (political perception) cuba dilakukan oleh Rafizi Ramli dalam isu penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

Rasanya Lembu PKR ini bukannya bodoh melulu,beliau tahu Prasarana berhak melantik mana-mana syarikat yang dirasakan berhak.

Lembu PKR ini sekali lagi menuduh DS Najib bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Dalam artikel dari I Property ini (di atas), nyata lapan (8) konsortium dijemput untuk membida Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

1. George Kent - China Railway - Tewet GmbH
2. Posco - Sojitz - Daewoo International - Thales
3. Invensys - Balfour Beatty Rail - Ingress
4. Colas - CMC Engineering - Thales
5. Samsung - LG - Thales
6. SNC Lavalin - WW Engineering - Bombardier
7. Siemens - SCOMI Engineering
8. Ansaldo - Emrail - Leighton

Sekali lagi GWM ulang, surat perlantikan disahkan kontraktor masih belum dikeluarkan oleh Prasarana.

FAKTA-FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN RAFIZI RAMLI

Jika mengikut artikel ini,GEORGE KENT merupakan pembida kedua terendah dan paling layak berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan Prasarana.

"Business Times understands that the George Kent-led consortium was the second lowest bidder, having placed a bid at RM1.13 billion to undertake the job.

The lowest bidder at RM950 million was Invensys Rail/Ingress/ Balfour Beatty, which had also bid for the Kelana Jaya line extension.

The other four contenders who did not make it were Colas/CMC/Uniway joint venture, the partnership which recently won a RM673.9 million contract for system works for the Kelana Jaya line : Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty; Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.

According to the source, the Ansaldo joint venture was not shortlisted as the company (Ansaldo) already has a contract to work on the Ipoh-Padang Besar double tracking project."

Fakta Pertama

Ansaldo merupakan salah satu dari gabungan Konsortium PDA (Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)

Memang tepat keputusan kerajaan untuk tidak menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang kepada Konsortium PDA berdasarkan kepada salah satu syarikat Konsortium PDA telah pun mempunyai kontrak untuk melaksanakan projek rel berkembar Ipoh-Padang Besar (Ipoh-Padang Besar double tracking project)

Tidakkah ini menunjukkan ketelusan kerajaan agar tidak ada satu syarikat mendapat dua atau tiga projek yang telah dianugerahkan dalam satu masa?

Fakta Kedua

Tiga konsortium berasingan (1) SNC Lavalin/WW Engineering, (2) Siemens/Scomi dan (3) Samsung/LG dengan masing-masing membida projek ini pada harga RM1.38 billion, RM1.17 billion dan RM1.16 billion.

George Kent Berhad pula membida dengan harga RM1.13 billion bagi projek di atas.

Adakah kerajaan dan Prasarana terlalu bodoh untuk menganugerahkan projek ini kepada tiga konsortium di atas ... yang nyata lebih mahal harga bidaan berbanding dengan George Kent Berhad?

Fakta Ketiga

Begitu juga dengan konsortium Colas/CMC/Uniway yang telah dianugerahkan projek bernilai RM673.9 juta bagi kerja-kerja membabitkan sistem stesyen Kelana Jaya.

Begitu juga dengan konsortium Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty yang telah dianugerahkan dengan projek lain, Projek Rel Berkembar Seremban-Gemas.

KEBODOHAN DAN KEBOBROKAN LEMBU PKR,RAFIZI RAMLI

GWM melihat kerajaan dan Prasarana telah bertindak adil dan saksama dengan menganugerahkan projek ini kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH.Tidak adil jika sekiranya kerajaan mahupun Prasarana menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA atau mana-mana konsortium yang telah dianugerahkan projek-projek oleh pihak kerajaan sendiri.Ini hanya menggambarkan sikap tidak telus kerajaan dalam penganugerahan projek-projek.

Apa yang Rafizi Ramli merepek dengan menggambarkan campurtangan DS Najib dalam penganugerahan projek dari Prasarana?

Mana bukti campurtangan DS Najib dalam penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA?

Atau sebenarnya ... pihak Konsortium PDA sendiri telah 'kaotim' dengan Lembu PKR bernama Rafizi Ramli.Seperti yang telah GWM perkatakan ... Rafizi Ramli hanya menjerut lehernya sendiri.Lu paham ke maksud telus ni Rafizi Ramli. - Gelombang Wangsa Maju @ GWM

No comments:

Post a Comment